Basahkan Wajah Mukanya Dan Ajaklah Bersolat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Basahkan Wajah Mukanya Dan Ajaklah Bersolat

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Tabiat Nabi Ismail dan para nabi yang lain menggalakkan ahli keluarga mereka menunaikan solat. Solat adalah “oksigen” para nabi.

Dalam al-Quran banyak sekali Allah menyebut bagaimana para nabi memenuhi hidup mereka dengan solat, antaranya adalah;

  1. – Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim [14:40]
  2. – Nabi Musa dalam surah Taha [20:13]
  3. – Nabi Isa dalam surah Maryam [19:30-31]
  4. – Nabi Zakariya dalam surah Ali ‘Imran [3:39]
  5. – Nabi Syu’ayb dalam surah Hud [11:87])

Budaya hidup nabi Isma’il A.S yang direkodkan Allah dalam surah Maryam yang bermaksud :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya dia adalah benar menepati janji dan adalah dia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan dia selalu menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan dia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya!
Surah Maryam 19:54-55

Nabi Isma’il A.S sangat mementingkan solat dan selalu mengingatkan ahli keluarganya agar menjaga solat. Semangat ini turut diikuti oleh cucu baginda iaitu Rasulullah S.A.W sendiri kerana baginda juga mendapat arahan yang sama:

Dan perintahkanlah keluargamu (wahai Muhammad) serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa

Surah Taha 20:132

Pada setiap pagi, Rasulullah akan mendatangi rumah Fatimah R.A dan Ali R.A seraya berkata:

Solat! Solat! (kerana sesungguhnya Allah mahu membersihkan kamu semua dari segala kotoran (dosa) dan menyucikan kamu dengan sesuci-sucinya
Petikan Surah al-Ahzab:33

(Tafsir al-Tabari)

Ia juga menjadi kebiasaan Sayyidina ‘Umar bin al-Khattab R.A sebagaimana sebuah riwayat:

‘Umar bin al-Khattab selalu mendirikan solat malam untuk beberapa ketika sehingga penghujung malam. Setelah itu beliau akan mengejutkan ahli keluarganya untuk solat seraya membaca ayat 132 surah Taha

Muwatta’ Malik

Ingat-mengingat dan kejut-mengejut ahli keluarga untuk mendirikan solat disebut secara romantis oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:

Allah merahmati seorang suami yang bangun solat malam dan mengejutkan isterinya. Sekiranya si siteri tak mahu bangun (kerana mengantuk), si suami akan membasahkan wajah isterinya dengan air (sebagai tanda kasih sayang). Allah juga merahmati seorang isteri yang bangun solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya si suami tak mahu bangun (kerana mengantuk), si isteri akan membasahkan wajah suaminya dengan air

Sunan Abu Dawud, Sunan al-Nasa’I & Sunan Ibn Majah

Aduhai sungguh romantik sekali bila kedua pasangan bersikap sedemikian. Inilah sikap yang sepatutnya dilakukan oleh pasangan dalam rumah tangga bagi menjamin bahagia yang berkekalan di dunia dan di syurga kelak, Insya-Allah!

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*