Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Barang Didapur Dapat Menghilangkan Kelopak Mata Hitam
Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Pernahkah anda rasa ta kut untuk melihat cermin pada awal pagi disebabkan eyebag? Sekiranya anda salah seorang yang mempunyai masalah eyabag, jangan risau. Pada post kali ini kami senaraikan rawatan semulajadi untuk hilangkan eyebag dengan mudah. Sebelum itu, kita kenalpasti penyebab kepada kehadiran lingkaran hitam pada mata anda ini.
PENYEBAB LINGKARAN HITAM (EYEBAG)
Eyebag boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:
- Gangguan tidur
- Terlebih tidur
- Stress
- Kepenatan
- Kegatalan pada bahagian mata dan kulit seperti ekzema
- Sensitif kepada product makeup
- Penuaan (aging)
Berikut kami senaraikan cara untuk hilangkan eyabag secara mulajadi.
CARA-CARA HILANGKAN EYEBAG SECARA SEMULAJADI
CUKA EPAL
Mineral, vitamin dan enzim didalam cuka epal dapat mengembalikan kesegaran kawasan dibawah mata. Dalam beberapa hari, lingkaran hitam pada mata anda akan hilang buat selamanya.
Sama seperti cara diatas, anda hanya perlu cotton bud dan juga cuka epal. Sapukan cuka epal di bawah mata anda dan biarkan ia kering. Ulang rawatan ini dua kali sehari. Anda haruslah hati-hati ketika menyapu cuka epal dari terkena mata. Sekiranya terkena mata, cuci mata anda dengan air yang bersih.
DAUN LIDAH BUAYA (ALOE VERA)
Daun lidah Buaya memberi keselesaan kelembapan kepada kulit. Sifatnya yang penuh dengan khasiat dapat mengurangkan pigmentasi dibawah mata dan menjadikan kawasan yang sensitive menjadi lebih sihat.
Apa yang anda perlukan ialah daun lidah buaya yang segar dan kapas. Sapukan gel aloe vera dibawah lingkugan mata anda dan urut untuk beberapa saat. Biarkan gel tersebut dalam 10-12 minit. Kemudian cuci guna kapas yang lembap. Anda boleh melakukan rawatan ini sekali sehari pada waktu siang ataupun sebelum tidur.
TIMUN
Umum tahu, timun batang mempunyai banyak khasiat yang baik untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata. Timun mengandungi beberapa antioksidan seperti vitexin, orientin dan cucurbitacin yang dapat membantu hilangkan eyebag.
Hiris timun kepada kepingan yang tebal. Letakkan ia didalam peti selama 30 minit. Ambul 2 keping timun dan letakkan pada mata anda. Pastikan kepingan timun itu menutup semua kawasan mata. Biarkan selama 10 minit sebelum membasuhnya dengan air yang bersih.
TOMATO MERAH
Tomato mengandungi lycopene, satu bahan kimia yang bermanfaat untuk kulit. Lycopene juga bertindak untuk melindungi kulit dari kerosakan.
Apa yang anda perlukan ialah, satu sude jus tomato dan satu sudu jus lemon. Campurakan kedua-dua jus tersebut dan sapukan pada bahagian mata yang terjejas. Biarkan selama 10 minit dan basuh dengan air yang sejuk. Ulang rawatan ini dua kali sehari untuk 2-3 minggu untuk hilangkan eyebag pada mata anda.
UNCANG TEH HIJAU
Celup uncang teh hijau kedalam air dan letakkan didalam peti sejuk untuk 2-5 minit. Letakkan uncang teh hijau pada mata anda lebih kurang 15 minit. Lakukan rawatan ini setiap hari dan lihat perubahan pada mata anda.
Umum tahu lingkaran hitam pada mata disebabkan saluran darah pada bawah mata yang membesar. Teh hijau membantu dalam mengurangkannya. Ia mence gah pembesaran salur darah dan mengurangkan penampakan lingkaran hitam pada mata. Mata anda akan berasa segar selepas mengamalkan rawatan ini.
MADU
Sapukan madu pada kawasan yang terjejas. Biarkan selama 15-20 minit sebelum membasuhnya. Ulang sekali ataupun dua kali sehari. Madu merupakan sumber antioksidan dan mempunyai komponen pelembab. Ia dapat melembutkan kulit dan memberi “makanan” kepada kulit. Eyebag anda akan hilang tanpa anda sedari!
LEMON
Umum tahu, lemon dapat hilangkan eyebag pada mata anda. Jus lemon mengandungi sifat mencerahkan kulit. Vitamin C yang terdapat pada lemon juga bertindak sebagai antioksidan dan dapat mengembalikan kesegaran and memutihkan kulit.
Lakukan rawatan ini dua kali sehari. Sapukan jus lemon pada bahagian bawah mata. Biarkan ia kering selama 10 minit sebelum membasuhnya. Jangan lupa untuk apply moisturizer pada kulit anda selepas rawatan ini kerana lemon boleh menyebabkan kekeringan pada kulit.
KESIMPULAN
Terdapat banyak lagi rawatan-rawatan semulajadi yang lain untuk hilangkan eyebag pada mata anda. Tidur yang cukup dapat mengelak daripada terjadinya masalah lingkaran hitam bawah mata anda ini. Sekiranya perkara ini berlarutan dan menjejaskan kesihatan, anda haruslah pergi mendapatkan rawatan dan konsultansi dari pihak doktor.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih
Leave a Reply