Berguna Cara Tradisional Hilangkan Dengkur

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Berguna Cara Tradisional Hilangkan Dengkur

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Dengkur berlaku disebabkan saluran pernafasan sempit dan tersumbat sewaktu tidur. Kemudian, udara menolak dengan kuat ke arah laluan udara menyebabkan bunyi yang dikenali sebagai dengkuran. Alahan, asma, kesejukan, sesak hidung dan jang kitan resdung boleh menyebabkan dengkuran.

Dengkuran boleh diwarisi atau apabila seseorang mendapatkan rawatan tertentu. Haa.. nampak tak? Dengkur boleh diubati. Dengkur boleh dirawat.

Kalau anak-anak berdengkur, boleh sapukan dengan vicks di batang hidungnya dan juga pada kerongkongnya (sapu pada leher). Sapu perlahan-lahan dan kalau boleh, perbanyakkan minum air masak. Ini juga boleh membantu merawat dengkur…

“Ada cara mudah nak hilangkan dengkur. Anda tidak perlu makan ubat atau pun telan pil menghilangkan dengkur.”

Cara hilangkan dengkur adalah dengan letakkan bantal alas kepala lebih tinggi agar nafas anda dapat mengalir dengan lega dan lapang.

Anda juga digalakkan untuk menurunkan berat badan kerana antara punca dengkur adalah akibat saiz badan yang besar.

Posisi tidur dan kegemukan juga boleh mnyebabkan dengkuran. Langkah terbaik untuk menghentikan dengkuran adalah dengan mengurangkan berat badan (kan saya dah kata). Pengambilan alhokol terutamanya sebelum waktu tidur juga meningkatkan sekatan saluran pernafasan dan kebarangkalian untuk berdengkur lebih tinggi.

Cara lain adalah dengan buat air kunyit. Ambil 2 ruas kunyit hidup, anggaran 2 inci. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris nipis. Masukkan dalam segelas air suam. Tambahkan dengan 2 sudu kecil madu. Kacau sebati. Amalkan minum air kunyit tersebut setiap malam sebelum tidur.

Selamat mencuba.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*