Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Ketahui Kaedah Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki
Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu peny-akit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesa-kitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penya-kit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.
Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeks-akan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sa-kitnya memang teramat sangat dan menyeksakan. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh.
Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Adakala nak menggerakkan kaki pun payah. Kadang-kadang duduk diantara dua sujud pun teramatlah saki-tnya. Nak pakai kasut atau stoking terasa terse-ksa, apa tah lagi kalau terlanggar benda-benda keras. Memang menjerit dan menangis la jawabnya.
Cagu dikenali sebagai ‘unguis incarnatus’ yang dinamakan penyak-it yang tumbuh dalam kuku. Kuku tumbuh sehingga memotong ke sisi salah satu atau kedu-dua kuku. Kuku yang tumbuh kedalam kulit/daging, boleh menyebabkan cagu. Cagu paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Ia juga dikenali sebagai cengkam kuku.
Cengkam atau cagu kuku bukanlah benaar-benar tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.
Punca Cagu Kerana :
- Cara pemotongan kuku yang salah
- Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
- Memakai kasut yang ketat terlalu lama
- Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
- Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging
Petua-Petua Cagu Seperti :
1) Daun Inai
Cuba dengan menggunakan daun inai. Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus. Kemudian, balutkan pada ibu jari yang kena cagu tu. Biarkan sampai ia kering dan baru lah buangkan inai tadi
2) Daun Keembung Putih
Cuba anda gunakan daun keembung putih pula. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.
3) Cili Kering –
Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang, jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang petua ini sehingga kuku cekam tersebut sembuh.
4) Santan Pekat
Boleh juga guna santan pekat. Ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi perah santan pekat kat atas cagu/cekam, kemudian biarkan selama 20 minit bergantung pada betapa parah cagu itu. Lagi lama pun x per. Kalau rasa da ok sikit basuh kaki bersih-bersih.
5) Merendam kaki
Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.
6) Cuka epal
Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut.
7) Sabun antibakteria
Masukkan sabun antibakteria ke dalam air rendaman agar dapat mematikan bakteria yang boleh menyebabkan nanah di bahagian tersebut. Setelah ia kering, sapukan dengan ubat anti bakteria.
8) Lemon
Lemon juga sebenarnya mampu mengubati kuku yang terkena cagu. Caranya ialah dengan mengikat hirisan nipis lemon pada bahagian kuku yang terkena cagu. Biarkan ia semalaman dan ia boleh mnghindari jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan.
Sumber: semuanyajdt
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih
Leave a Reply