Doa Yang Menghadapi Musim Banjir

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Doa Yang Menghadapi Musim Banjir

Beberapa bulan yang lalu negara kita dilanda jerebu yang teruk, ditambah dengan musim kering dan hujan turun tidak kerap, sehingga perlu dilakukan proses pembenihan awan di beberapa tempat.

Kini tiba pula musim tengkujuh. Banjir berlaku di kawasan pantai timur seperti Kuantan, Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan kerosakan tempat tinggal dan harta benda.

Kisah Musim Kering Dan Banjir Pada Zaman Nabi SAW

Pernah terjadi keadaan kering pada zaman Nabi SAW selama setahun sehingga ternakan banyak yang ma-ti. Akhirnya tiba pada suatu hari Jumaat, ada seorang yang datang ke masjid berjumpa Nabi SAW lalu berkata:

”Ya Rasulullah, ternakan ma-ti, jalan terputus tidak boleh dilalui, kerana itu berdoalah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan untuk kami”

Anas yang menceritakan perihal ini berkata:

“Demi Allah, sebelumnya kami tidak melihat ada mendung di atas, tidak pula awan tipis, langit sangat cerah. Tidak ada pengahalang antara kami dan Bukit Sal’. Namun tiba-tiba muncul dari belakangnya awan mendung seperti perisai. Ketika mendung sudah tepat di atas kami , turunlah hujan.

Anas berkata bahawa setelah itu mereka tidak melihat matahari selamat enam hari, bermakna hujan tidak berhenti dan berlangsung selama enam hari.

Hal ini telah menyebabkan masalah yang sama seperti sebelumnya, iaitu binatang ternak ma-ti dan jalan pula tidak boleh dilalui.

Tiba hari Jumaat yang seterusnya, datang lagi seorang lelaki masuk ke dalam masjid saat Nabi SAW sedang menyampaikan khutbah, lantas berkata kepada Nabi SAW:

“Ya Rasulullah, banyak ternakan yang ma-ti dan jalan terputus. Kerana itu, berdoalah kepada Allah agar Dia menahan hujan”

“Ya Allah turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohon”

Tiba-tiba hujan terus berhenti. Kami keluar masjid di bawah terik matahari. (HR Bukhari & Muslim)

Ibnu Daqiqil ‘Aid menerangkan bahawa hadis di atas merupakan dalil bahawa boleh untuk kita berdoa memohon dihentikan kemudharatan yang terjadi akibat hujan, sama seperti dibolehkan berdoa untuk diturunkan hujan semasa musim kering.

Kesimpulan

Ada yang berkata bahawa manusia tidak pernah puas. Apabila cuaca panas, akan merungut dan meminta hujan turun. Apabila hujan turun dengan lebat pula, kita merungut mahukan matahari dan cuaca yang cerah.

Tetapi jika cuaca yang terjadi itu boleh mengundang masalah dan kesukaran dalam urusan seharian, tidak salah untuk berdoa meminta agar ia diturunkan di bukan kawasan penempatan, sama ada di gunung dan bukit bukau yang menjadi pusat tadahan air hujan.

“Ya Allah turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohon”

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*