Banyak Kebaikan Keju Jika Di Ambil Mengikut Kadar Yang Betul.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Banyak Kebaikan Keju Jika Di Ambil Mengikut Kadar Yang Betul.

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Keju adalah makanan yang mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan bagi protein susu. Lazimnya, susu dijadikan asid dan tambahan renet yang menyebabkan penggumpalan.

“Sebenarnya keju merupakan kegemaran golongan kanak-kanak, tetapi golongan muda dan tua juga digalak memakannya. Selain mengandungi lemak dan kalori yang tinggi, keju turut mengandungi banyak zat seperti kalsium, protein, vitamin dan zink.”

Berikut adalah antara manfaat kesihatan daripada memakan keju dalam diet seharian kita.

Menguatkan tulang

Keju mempunyai kalsium yang baik untuk kesihatan tulang anda. Namun keju juga mengandungi vitamin B yang membantu tubuh anda untuk menyerap kalsium. Disebabkan itu, kanak-kanak, para wanita yang hamil disarankan untuk memakan keju kerana ia boleh mencegah osteoporosis dan menguatkan tulang.

Meningkatkan berat badan

Sekiranya anda amat kurus dan ingin meningkatkan berat badan dengan cara yang sihat, makanlah keju. Ini kerana, keju mengandungi lemak sihat selain kalsium, protein, vitamin dan mineral yang membantu mengimbangi sistem metabolisme tubuh. Anda kena amalkan dalam kuantiti yang banyak jika mahu cepat naik berat anda.

Menyihatkan kulit, rambut dan kuku

Vitamin B yang didapati dalam keju bermanfaat untuk menjadikan kulit anda halus, sihat dan cerah. Ini kerana, vitamin B merangsang pertumbuhan sel kulit yang membuat kulit anda menjadi lebih segar.

Menyihatkan gigi

Kalsium yang didapati dalam keju juga baik untuk kesihatan gigi. Ia bukan sahaja boleh menguatkan gigi, malah keju juga boleh mencegah gigi daripada berlubang.

Menurunkan berat badan

Selain mengemukkan, keju juga boleh membantu anda menurunkan berat badan kerana keju mengandungi protein yang yang membolehkan anda berasa kenyang dan membantu proses penyerapan karbohidrat dalam makanan. Keju juga membantu untuk mengimbangi kadar gula darah anda dan membuat anda berasa gembira.

Meningkatkan mutu tidur

Selain itu, keju membantu mengurangkan kadar tekanan dan membuat anda tidur dengan nyenyak. Malah, sekiranya anda memakan sedikit keju, ia juga dapat merawat masalah insomnia anda.

Mencegah ba-rah

Keju mengandungi asam linoleat dan sphingolipids yang membantu untuk mencegah ba-rah. Kandungan vitamin B yang didapati dalam keju juga dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*