
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Khasiat Yang Ada Pada Teh Hijau Bukan Hanya Kuruskan Badan.
Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Teh hijau ialah sejenis teh yang dihasilkan daripada daun spesies Camellia sinensis yang tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan yang sama seperti yang digunakan untuk menghasilkan teh olong dan teh hitam.
“Pasti anda pernah pernah disarankan untuk minum teh hijau bagi membantu menurunkan berat badan kan.”
Tapi betul atau tidak teh hijau ini ada fungsi untuk turunkan berat badan? Kalau anda peminat tegar teh hijau , anda harus tahu apa sebenarnya khasiat yang terkandung dalam setiap cawan teh yang anda minum itu. Bukan setakat kurus sahaja tau..!
1. Kurangkan risiko penyakit dia-betes
Ada kajian yang dibuat menyatakan teh hijau dapat mengurangkan risiko individu daripada penyakit kencing manis. Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
2. Rahsia masyarakat Jepun panjang umur
Sebenarnya teh hijau berfungsi sebagai antioksidan. Bahan ini mempunyai fungsi untuk mengurangkan pembentukkan radikal bebas dalam tubuh, melindungi sel dan molekul yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum usia.
3. Melegakan ketidakhadaman
Teh hijau terbukti dapat membantu menghapuskan bakteria dan mencegah penyakit perut seperti keracunan makanan kerana kandungan tanin dalam teh hijau meningkatkan rembesan asid gastrik.
4. Mengurangkan risiko penyakit kan-ser
Kadar antioksidan yang tinggi dalam teh hijau juga membantu dalam mengurangkan risiko kan-ser. Antaranya kan-ser payudara, prostat dan kolorektal (usus).
5. Membantu meransang fungsi otak
Kalau anda ingin tahu, teh hijau bukan sahaja berfungsi untuk mengaktifkan kadar metabolisme malah, teh juga mempunyai kafein (tidak sebanyak kopi) yang diakui sebagai bahan peransang minda. Teh hijau juga mempunyai asid amino L-theanine, dimana gabungan asid amino dengan kafein dapat meningkatkan lagi fungsi otak.
Banyak betul rupanya khasiat teh hijau ini. Cuba amalkan teh hijau selepas ini sebagai salah satu menu diet anda. Pasti anda akan merasakan perubahan yang drastik.
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih
Leave a Reply