Makan Tempe Boleh Mengekalkan Kecantikan Dan Awet Muda.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Makan Tempe Boleh Mengekalkan Kecantikan Dan Awet Muda.

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Tempe merupakan makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang diperam. Pasti ramai yang tidak tahu asal usul tempe sebenarnya bukanlah daripada kacang soya, tetapi ia diperbuat daripada biji getah dan menjadi antara diet harian masyarakat Melayu pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

“Isi biji getah akan direndam untuk membuang getahnya dan mengelakkan keracunan. Selepas itu ia diperam dan menjadi tempe.”

Selepas tamat zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, biji getah tidak lagi menjadi bahan utama untuk menghasilkan tempe, tetapi ia diganti dengan kacang soya.

Cara menyediakan hidangan tempe cukup mudah iaitu sama ada digoreng dan dimakan dengan nasi atau pun dijadikan pelbagai makanan lain seperti lontong, sambal tempe dengan kacang dan banyak lagi lah.

Terdapat 10 khasiat dalam makanan ini

1. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

2. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diarrea (Elak keracunan).

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

5. Anti infeksi kepada penhakit. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risi-ko jangkitan kuman.

6. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

7. Memiliki sifat anti oksiden dan sekaligus mencegah kan-ser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah simtom hypertension (gejala cepat marah).

10. Daya hipokolesterol. Kandungan asid lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*