Pentingnya Khasiat Susu Di Dalam Badan Kita.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pentingnya Khasiat Susu Di Dalam Badan Kita.

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Susu minuman yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak kerana mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi untuk tumbesaran membabitkan golongan terbabit. Susu adalah sajian sihat lengkap dan seimbang yang memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan. Susu kaya dengan nutrisi meliputi kalsium dan Vitamin D, selain mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi yang menjadikannya sebagai hidangan ‘lengkap dan seimbang’ iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Kandunganyan nutrisi lengkap, mampu menjadi gantian kepada hidangan lain. Susu sebenarnya disamakan dengan dua keping roti sandwic ayam dan sesuai bagi menggantikan menu untuk sarapan. Terdapat banyak nutrisi terkandung di dalam susu yang mampu menyeimbangkan corak pemakanan seharian dan boleh dijadikan sajian gantian.

Susu juga diperkaya dengan pelbagai mikronutrisi yang tidak terdapat dalam makanan lain seperti Vitamin A, B,C D,E dan K, potassium, fosfat, folate, zat besi dan mineral lain. Kaya mengandungi vitamin dan mineral serta mempunyai banyak kelebihan tersendiri seperti untuk ketahanan tulang serta gigi.

“Antara kebaikan susu, termasuk membantu mengawal tekanan darah, mencantikkan rambut, kulit, imunisasi badan, proses penghadaman dan tumbesaran.”

Pengambilan yang berlebihan akan memudaratkan hati dan masalah buah pinggang yang membabitkan keadaan hiperpotasium, hiperfosfat dan hipercalcium boleh memudaratkan lagi kesihatan buah pinggang dan keseimbangan elektrolit dalam badan pesakit. Zat besi yang terlebih banyak dalam badan atau hemochromatosis akan menyebabkan hati membengkak dan seterusnya akan menyebabkan penyakit masalah hati (cirrhosis).

Khasiat susu yang patut diambil kira adalah seperti :

  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Mencantikkan rambut dan kulit,
  • Membantu imunisasi badan,
  • Membantu proses penghadaman,
  • Membantu tumbesaran yang sihat
  • Baik untuk pembinaan dan ketahanan tulang dan gigi

Tiada kajian yang menunjukkan individu mudah terdedah kepada penyakit berjangkit sekiranya tidak pernah meminum atau kurang minum susu, melainkan susu yang diambil sudah tercemar. Penyakit berjangkit yang juga penyakit bawaan boleh dijangkiti menerusi bawaan air, udara, sentuhan secara langsung dan juga tidak langsung.

Tumbesaran akan terbantut sekiranya kurang kalsium didalam badan. Selain itu, susu pekat manis sering menjadi alternatif kebanyakan warga kurang berkemampuan untuk diberikan kepada anak mereka tetapi ia tidak sesuai kerana pemberian itu bukan sahaja mengurangkan kemasukan nutrisi dalam tubuh, sebaliknya memudaratkan proses tumbesaran si kecil kerana susu berkenaan mengandungi gula dan lemak tambahan.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*