Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sarung Stokin Semasa Tidur Baik Untuk Kesihatan Serta Cepat Tidur.
Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.
Adakah sebelum tidur, anda akan sarung stokin terlebih dahulu? Jika tak, mungkin lepas ini anda perlu amalkan pemakaian stokin ketika tidur. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat. Pemanasan kaki sebelum tidur membantu otak anda memberi isyarat waktu tidur dengan jelas. Pemakaian stokin semasa tidur juga boleh mengawal suhu dalaman tubuh.
Namun, tidak semua daripada kita akan mudah untuk tidur, pasti ada dalam kalangan anda yang jadi ‘burung hantu’, walaupun dah berjam-jam di atas katil, mata tetap tak nak tidur. Kesannya, badan anda kurang bermaya untuk melakukan aktiviti pada keesokan hari kerana tidak dapat tidur yang berkualiti. Segala kerja akan jadi tertangguh dan mood untuk meneruskan tugas seharian pun akan kelaut.
“Orang dewasa yang memakai stokin jenis normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana, suhu badan teras seseorang berlaku pada waktu malam dan ia akan mencapai suhu terendah pada sekitar jam 4 pagi.”
Sebenarnya, suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan oleh jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian ini akan mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.
Jadi, suhu badan akan meningkat secara beransur-ansur pada waktu siang dan memuncak pada waktu petang. Kemudian, suhu tersebut akan menurun pada waktu malam yang menyebabkan seseorang berasa mengantuk. Apabila seseorang mula tidur, suhu badannya akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain. Jadi jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ia boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka.
Manfaat yang di perolehi ketika tidur memakai stokin.
1. Mencegah rasa panas:. Bagi sesetengah wanita mereka memakai stokin untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
2. Memakai stokin selepas menyapu pelembap membantu menjaga tumit daripada kering.
3. Mengurangkan risiko serangan Raynaud, yang biasanya kaki dan jari, kehilangan sirkulasi dan mula berdenyut atau membengkak. Jadi, memakai stokin pada waktu malam dapat membantu mencegah sera-ngan, menjaga kaki supaya sentiasa hangat dan membantu peredaran darah.
Semoga semakin ramai akan menggunakan atau memakai stokin ketika tidur. Banyak manfaat yang baik pada kesihatan badan dan kehidupan seharian anda. Selamat mencuba.
Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih
Leave a Reply