Wanita Lebih Sibuk Daripada Lelaki.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Wanita Lebih Sibuk Daripada Lelaki.

Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi, islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Sebaik sahaja bangun pagi, pasti ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Tidak kisah yang bujang mahupun berumah tangga. Pasti ada cabaran ya g tersendiri. Semua perkara dia akan fikirkan. Sarapan keluarga? Bersiap ke tempat kerja? Hantar anak ke sekolah? Pakaian sekolah anak-anak? Persediaan memasak untuk makan malam? Mengemas dapur? dan banyak lagi. 24jam baginya sangat lah berharga.

Lumrah wanita, kita sibuk memikirkan hal keluarga hinggakan hal berkaitan kita sangat kurang difikirkan. Tetapi sedarkah kita, sekiranya kita tidak mengutamakan diri dan kesihatan kita, bagaimana untuk kita menjaga keluarga kita? Oleh itu, kesihatan diri sendiri sangat perlu dititikberatkan dan tidak harus diabaikan.

“Kesihatan sebenarnya perkara paling utama bagi seorang wanita. Yelah Kalau tidak sihat macam mana nak jaga keluarga serta nak urusan segalanya kan.”

Di Jepun, ada satu kajian telah dibuat. Kebanyakan masyarakat mereka akan minum air sebaik sahaja bangun pagi. Penyelidik perubatan Jepun menemui rawatan air ini mampu menyembuhkan beberapa penyakit iaitu:

Sakit kepala, Sakit badan, Masalah jantung, Masalah denyutan jantung yang terlalu laju, Epilepsi, Masalah kegemukan dan banyak lagi. Kedengaran mustahil, tetapi dengan izin Allah, sekiranya kita mengamalkannya, penyakit-penyakit tersebut dapat dielakkan.

Jadi, bagaimana cara-caranya?

1. Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum menggosok gigi, minum 4 x 160ml gelas air.

2. Bagi mereka yang sudah berusia atau tidak mampu untuk minum 4 gelas air di awal pagi, bolehlah meminum air sedikit demi sedikit sehingga mencapai 4 gelas sehari.

3. Gosok gigi dan bersihkan mulut, tetapi jangan minum atau makan apa-apa untuk 45 minit.

4. Selepas 45 minit, makan dan minumlah seperti biasa.

5. 15 minit selepas bersarapan, makan tengah hari atau makan malam, jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.

“Hanya dengan air kosong tapi besar manfaat nya kepada wanita. Ingat, kalau seorang wanita tidak kuat bagaimanalah dia mampu untuk uruskan semuanya.”

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*