“Saudaraku disebalik ujian ada rahmat..” Rezeki Ustaz Ebit Lew Mencurah2, Kini Hasilkan T-shirt Dan Disambut Baik Oleh Orang Ramai.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Walaupun sering s1buk dengan aktiviti amal jariah terhadap golongan memerIukan, pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew tidak Iupa menguruskan beberapa perniagaan yang dimiliki selama ini.

Terbaru, beliau mengeluarkan ‘buah tangan’ terbaru iaitu rekaan t-shirt yang mempunyai cetakan “Saudaraku disebalik ujian ada rahmat”.

Menurut Ebit, ramai yang membuat permintaan ingin memiliki t-shirt tersebut sebelum berjaya menghasilkan sejumlah stok untuk dijual dalam talian secara ‘online’ bermula malam tadi.

Pohon doakan

“Doakan yer. Ramai minta nak t-shirt. Syukur baru siap tadi. Saudaraku yang dikasihi nak order tunggu malam ni di shoppe. Sehelai Rm29,” tulisnya di laman Facebook.
Posting tersebut menerima 33,000 tanda suka dan hampir 1,000 komen netizen yang memberi sokongan padu terhadap perniagaan pendakwah itu selain meminta beliau menghasilkan baju versi muslimah pula.

Tidak kvrang terdapat juga individu mendoakan agar kehidupan pendakwah berusia 36 tahun itu sentiasa diIimpahi rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat.

Walaupun dah kaya, tak berhenti niaga

Saya sokong perjuangan & perniagaan ustaz!

Buat la baju muslimah juga ustaz…

Kena beli sebagai tanda sokongan

Ustaz jadi model pun dah cukup laris!

Sumber : Ebit Lew via kl menjerit video

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*