Jemaah Terharu Dan Sebak Dapat Peluang Menunaikan Solat Jumaat Kembali Setelah Lebih 3 Bulan Tidak Dapat Berbuat Sedemikian.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Selepas lebih tiga bulan tidak dapat berjemaah ak1bat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), umat Islam sekitar Putrajaya meIuahkan rasa syukur kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra.

Menerusi laporan BH Online, jemaah patuh prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan penj4rakan sosial ketika berbaris dan memeriksa suhu badan serta menggunakan cecair ny4h kum4n di kaunter masuk.

Menurut jurucakap masjid, seramai 1,000 jemaah dibenarkan masuk dan orang ramai yang hadir juga menyatakan sudah berwuduk sambil membawa sejadah masing-masing.

Seorang pes4ra dari Puchong, Mohamed Naguib Adnan seb4k apabila dapat menunaikan solat Jumaat selepas terpaksa berbaris mulai jam 11.30 pagi bagi mendapat giliran.

“Saya mendapat tahu pengumuman pembukaan Masjid Putra ini melalui media semalam, jadi peluang ini saya tidak lepaskan dan bersyukur masjid dibuka semula untuk aktiviti keagamaan,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Mohd Aidi Talib dari Kajang turut gembira selepas hampir tiga bulan mengerjakan solat zuhur di rumah.

“Hari ini saya merasakan suatu rahmat yang besar dapat menunaikan solat Jumaat selepas menjalani PKP,” ujarnya.

Sumber : Samadi Ahmad (BH Online) via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*