Sepuluh Amalan Solat Tid4k Diter1ma Allah SWT

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sepuluh Amalan Solat Tidak Diterima Allah SWT | Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim).

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim.

9. Orang-orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti, solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahualam (10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah S.W.T.).

Sumber Asal

Baca juga artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*