7 sekeluarga mavt MPV bertembung lori, anak jadi yatim piatu dalam sekelip mata

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kemalangan ngeri melibatkan sebuah MPV Perodua Alza dengan sebuah lori di Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang petang semalam amat mengejutkan.

Dalam kemalangan tersebut, 7 mangsa penumpang MPV telah meninggal dunia, manakala 3 mangsa lagi cedera parah.

Menerusi Sinar Harian, kesemua mangsa telah dikenal pasti. 10 mangsa yang berada dalam MPV tersebut membabitkan dua buah keluarga dari Kedah yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti dari Pulau Pangkor dan Cameron Highland.

Dua buah keluarga dalam 1 kereta
Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu MPV tersebut, Mohd Zairul Mat Isa, 34; Isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.

Turut terkorban ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68, dan supupu, Zulkifli Shuib, 49, isterinya, Hasliza Mahmud, 40 serta anak mereka, Mohd Alif Firdaus, 3.

Manakala 3 lagi terselamat ialah Muhammad Haziq dan 2 beradik iaitu anak kepada Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun,

Keluarga Hasliza

Hanya 3 orang sahaja yang masih hidup
Walau bagaimanapun, salah seorang daripada anak kepada Mohd Zairul , telah terselamat dan bertanyakan kepada bapa saudaranya, Mohd Zakri Mat Isa, 37 sama ada hanya dia sahaja yang terselamat daripada ahli keluarganya yang lain.

“Pak Lang, sekarang ni Haziq seorang sahaja ke yang hidup?”

Seakan tahu keluarga telah meninggal dunia
Tambah bapa saudara kepada Haziq lagi, kanak-kanak tersebut seolah tahu yang ahli keluarganya yang lain telah meninggal dunia setelah kemalangan ngeri tersebut berlaku.

“Haziq ni memang petah budaknya, dia cerita yang ketika kejadian dia tidur dan sedar-sedar dah ada di hospital.”
“Seolah-olah tahu akan kejadian yang berlaku ke atas keluarganya, dia bertanya adakah hanya tinggal dia seorang sahaja yang hidup.”
“Memang saya tak sampai hati nak beritahu mak ayahnya sudah tiada, tetapi dia beritahu yang dia dah tahu selepas diberitahu sendiri oleh ibu saudaranya.”

Setakat ini, Haziq mengalami patah tangan dan dua sepupunya pula berada dalam zon merah di HRPB manakala pemandu lori treler berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*