Pelakon veteran Abu Bakar Juah kini sedang tenat, Didie Alias mohon doa

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Baru-baru ini satu berita yang mendukacitakan diterima, memaklumkan pelakon veteran Abu Bakar Juah kini kian uzur terlantar sakit di rumahnya.

Difahamkan, pelakon berusia 72 tahun itu berhadapan dengan beberapa komplikasi termasuk kanser usus, dilaporkan tidak stabil dan lemah.

Sedekahkan al-Fatihah buat ayah ya
Menerusi muat naik di IG pelakon Didie Alias, telah pergi menziarahi Abu Bakar Juah di kediaman beliau. Malah, Didie juga meminta jasa baik ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon tersebut yang digelar Ayah.

“Ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah urusan ayahanda kami Abu Bakar, sama-sama kite sedekahkan al-Fatihah buat ayah ya…”

Abu Bakar yang berasal dari Taiping, Perak, berkahwin dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980. Mereka mempunyai empat anak dan seorang cucu. Drama terakhir yang pernah dibintanginya adalah Mr Grey pada 2018.

Sumber : Didie Alias & Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*