Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
PILU Detik Ustaz Kazim Elias Dit0lak Oleh Jurvrawat Untuk Menjalani Proses Angiogram,Semoga Dipermudahkan | Assalamualaiikum.. Mohon sama-sama mendoakan YBhg DUKE yang sedang menjalani proses angiogram…Semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat sepenuhnya
APA ITU ANGIOGRAM?
HSC M3dical Center
Angiogram juga adalah satu pemeriksaan yang menggunakan imbasan sinar-x untuk memperlihatkan salur darah dengan menggunakan bahan kontras. Angiogram digunakan untuk mendiagnos p3nyakit arteri koronari. Ia juga boleh digunakan untuk mengenal pasti lokasi sebenar dan keterukan CAD.
Imej angiografi dapat memperlihatkan dengan tepat tahap penyumbatan p3nyakit arteri. Angiogram juga dapat membantu d0ktor memilih rawatan yang sesuai bagi p3sakit yang mengidapi serangan j4ntung (myocardial infection) atau angina. Rawatan ini mungkin mengandungi ubat-ubatan, belon angioplasti, stenting, artherectomy, rotablator atau p3mbedahan j4ntung (bypass).
Prosedur Arteri Kononari dan PTCA/stents banyak dilakukan di Pusat Perubatan HSC (lebih kurang 500 kes setiap tahun). Kebanyakan pesakit selalunya dirawat sebagai pesakit luar dan boleh balik pada hari yang sama selepas pemeriksaan. Hanya segelintir kes di mana pesakit dirawat sebagai pesakit dalam sekiranya bantuan klinikal diperlukan.
Pes4kit diminta berpuasa selama enam hingga lapan jam sebelum prosedur dijalankan.
Pengalaman di pusat perubatan kami menunjukkan kolerasi yang baik (80-90%) di antara MSCT koronari dan pengkateteran koronari.
enapa Perlu lakukan Angiogram untuk p3sakit j4ntung?
Bismillah. Sewaktu menulis entry ini hati sedang kerisauan mengenangkan keadaan mak yang baru sahaja dimasukkan ke hospital disebabkan masalah jantung. Rasanya ini sudah kali ke 5 atau 6 emak masuk hospital dan kali ke dua masuk wad jantung di H0spital Kota Bharu.
Sebenarnya d0ktor pun tidak dapat menyatakan secara details tentang masalah emak. Hanya yang kami tahu sekarang keadaan jantung emak lemah dan mudah mendapat serangan jantung. Sesak nafas, sakit dada, itu yang selalu mak rasa. Dan serangan berlaku sekitar 12 malam ke atas.
Hati siapa tidak risau sebab emak berada dikelantan, manakala aku berada di Terengganu. Cuti pun sudah habis dan mostly ambil semasa balik tengok emak dan juga masalah kesihatanku sendiri yang sedang hamil 33 minggu sekarang.
Sebelum ini doktor menyatakan bahawa emak perlu menjalani pemeriksaan jantung yang dipanggil ANGIOGRAM. Aku sendiri tidak tahu apakah angiogram tu? Lebih menyayat hati HKB tidak menyediakan perkhidmatan itu. Kalau ada pun di HUSM yang dikira swasta. Kos nya?? ALmost 6K!!!! Itu pun kena beratur…aduhhhhh….bukan masalah duit sekarang. Masalah masa!
Kalau hospital swasta..memang hapus 20k. Ini di hospital Pakar Perdana Kelantan. H0spital lain mesti lebih kurang je. Aku terfikir bagaimana dengan Institut Jantung Negara? Kena bincang lebih dengan family.
APAKAH ANGIOGRAM?
Ini adalah penerangan paling mudah saya dapat:
Sebelum pesakit dapat disahkan mengalami penyumbatan di salur darah ke jantung, para doktor kardiologi akan memeriksa pesakit melalui kaedah ‘Angiogram’. Sejenis pewarna digunakan untuk dimasukkan ke dalam salur darah melalui pangkal peha dan saluran tersebut terus ke salur darah di jantung. Dengan cara memasukkan pewarna, para doktor akan dapat melihat bahagian salur darah yang mana tersumbat dan dibahagian mana perlukan rawatan memasukkan belon ataupun spring. Ada juga pesakit yang terus di rujukkan pada Doktor Pakar Kardiotorasik bilamana pesakit tersebut memerlukan rawatan pembedahan pintasan jantung.
Ini pula bahasa lebih rumit tetapi details:
Untuk ujian angiogram koronari, tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.
Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung seperti:
Ubat-ubatan
Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung
Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal peha atau saluran darah di lengan.
Mengapa Perlu lakukan Angiogram?
Mengapa doktor saya mencadangkan angiogram? Terdapat beberapa sebab mengapa doktor anda mencadangkan angiogram. Selalunya pesakit akan mengalami tanda-tanda salur darah jantung tersumbat: sakit dada ketika rehat atau sakit dada semasa melakukan aktiviti. Sekiranya terdapat tanda-tanda berkenaan dan faktor risiko yang mencukupi, anda disarankan untuk menjalani angiogram. Selain itu, pesakit yang pernah mengalami serangan jantung juga turut disarankan menjalani angiogram. Selalunya, beberapa ujian akan dijalankan oleh doktor sebelum menyarankan prosedur ini kepada anda.
Jika setelah menjalani angiogram, doktor dapati ada salur yang tersumbat, pesakit akan disuruh melakukan angioplasti.
Apa itu angioplasti? Angioplasti adalah proses di mana doktor akan cuba untuk membuka penyumbatan salur darah jantung menggunakan belon khas atau ‘stent’. Ia hanya akan dilakukan sekiranya doktor merasakan bahawa prosedur ini akan mendatangkan kebaikan kepada anda dan tiada alternatif rawatan lain. Kebiasaanya doktor akan merawat sumbatan yang melebihi 70% (diameter salur darah) melalui kaedah angioplasti kerana sumbatan yang kurang daripadanya pada lazimnya tidak mengganggu aliran darah di dalam salur darah jantung berkenaan. Sumbatan yang tidak serius ini biasanya akan dirawat menggunakan ubat-ubatan.
Begitulah serba sedikit penerangan yang membolehkan aku sendiri faham tentang jantung dan angiogram ini. Harap kami dapat usahakan sesuatu untuk emak nanti. Semoga Allah permudahkan urusan emak dan beri yang terbaik buat emak.
Leave a Reply