Berhati-Hati, Inilah 3 D0sa Yang Disegerakan Bal4sannya Di Dunia

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Lumrah kita sebagai manusia yang dijadikan tidak pernah terlepas dari segala salah dan berbuat d0sa dalam kehidupan seharian. Setiap daripada kita pasti pernah melakukan d0sa sama ada d0sa kecil atau d0sa besar.

Walau sebesar mana sekalipun dosa kita, Allah S.W.T itu adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yang sentiasa menerima taubat hambanya yang bertaubat dengan sepenuh-penuh taubat.

Jika tidak bertaubat, d0sa ini akan menjadi beban di akhir4t kelak. Namun terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan dibalas dengan segera oleh Allah S.W.T terhadap pelakunya. Kami ingin berkongsi 3 dosa yang mendapat balasan segera di dunia.

1. Berz1na
Zina adalah antara perbuatan dalam kategori d0sa besar yang sangat dibenci Allah. Pelaku z1na akan menjadi ketagih dan mudah terangsang membuatkan mereka tidak takut lebih-lebih lagi jika kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak hamil serta tidak ditangkap basah.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Menurut hukvm hudvd, mereka yang melakukan z1na akan dikenakan hukuman mengikut status perkahwinan termasuklah hukuman rejam dengan batu sampai mati bagi mereka yang sudah bernikah. Hukuman ini adalah bagi membersihkan d0sa z1na mereka. Antara sabda Rasulullah S.A.W mengenai z1na adalah :

1. “Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam ner4ka adalah mulut dan kem2luan.”

2. “Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berz1na, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jemaah orang-orang Islam”

3. “Barangsiapa berz1na ataupun minum arak, Allah S.A.W cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya.”

Malah perbuatan yang membawa kepada z1na juga dilarang, seperti dalam firman Allah S.W.T :

“Jangan kamu hampiri perbuatan z1na kerana ia adalah kejah4tan yang sangat keji dan sejah4t-jah4t jalan.” (Surah Al-Isra’ ayat 32)

Allah S.W.T akan membalas d0sa z1na di dunia dengan menghilangkan keceriaan pada wajah, pendek umur, menutup pintu rezeki bagi mereka yang terus berz1na dan tidak bertaubat, serta dijangkiti penyakit kelamin dan penyakit yang masih ditemui penawarnya, A1DS.

2. Derhaka Kepada Ibu Bapa

Sebagai anak, kita diwajibkan untuk menghormati dan berlaku baik terhadap ibu bapa, walaupun seteruk mana ibu bapa kita. Ini kerana jasa dan pengorbanan tidak akan pernah terbalas oleh kita.

Seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15).

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

”Setiap d0sa-d0sa, Allah S.W.T mengakhirkan (balasannya), sebagaimana yang Dia kehendaki dari d0sa-d0sa itu hingga hari ki4mat, kecuali derh4ka kepada kedua orang tuanya, sesungguhnya Allah menyegerakan (balasan) nya bagi pelaku-nya di waktu hidup di dunia sebelum meningg4l.” (Riwayat At Thabarani & Al Hakim, disahihkan oleh Al Hakim & As Suyuthi)

Perbuatan derhaka terhadap ibu bapa adalah perkara yang sangat dimurkai Allah, dan akan mendapat balasan yang sangat perit di akhi rat. Namun d0sa ini juga akan dibalas Allah ketika di dunia.

Lebih buruk lagi, jika ibu bapa yang dianiayai itu mengadu kez4liman anak kepada Allah S.W.T, balasan lebih disegerakan kerana doa ibu bapa tadi sangat mustajab dan menembusi langit serta didoakan oleh malai kat-malai kat supaya Allah mengabulkannya.

Dalam sabda Rasulullah S.A.W :

“Tiga doa yang tidak tertolak : doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang terdz4limi” . (HR Baihaqi)

Antara balasan di dunia adalah hidup tidak tenang dan tenteram, kemelut dan masalah rumahtangga, dan sentiasa berasa tak cukup serta disempitkan rezeki oleh Allah S.W.T

3. Tidak Amanah Dalam Perniagaan

Dalam perniagaan terdapat d0sa yang langsung dibalas ketika masih di dunia iaitu menipu dalam timbangan. Kecurangan yang umum dilakukan adalah dengan mengurangi jumlah timbangan.

Perbuatan ini akan langsung disegerakan balasannya di dunia. Balasan yang akan diterima adalah musim suram yang berpanjangan, ketidakbahagiaan hidup dan juga diz4limi oleh sesama peniaga.

Rasulullah SAW bersabda;

” Barangsiapa menjadikan akhir zaman sebagai orientasi hidupnya, maka Allah akan jadikan kekayaan dalam hatinya, Allah himpun kekuatannya dan dunia akan menghampirinya meski dia tidak menginginkannya. Dan sebaliknya barang siapa menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah jadikan kefakiran ada di depan matanya, Allah cerai beraikan urusannya dan dunia tidak menghampirinya kecuali apa yang sudah Allah takdirkan untuknya.” (HR Tirmidzi)

Ustaz Amin – 3 D0sa Allah Balas Di Dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*