Kisah Teladan Diberi Hidayah, Seorang Gadis Bermimpi Dirinya Dikebvmikan Lalu Terus Berubah Sikap.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kau tahu, aku dah tak solat berhampiran beberapa bulan. Jangan cakap bulanlah, tahun ini aku rasa aku tak ada solat langsung. Solat pun tak ikhlas.

Bila aku tengok orang pergi club turun drugs semua, aku jadi macam, “Wow! Bestnya get high!”.

Lepas itu, aku perasan kehidupan aku semakin berubah. Apa yang aku nak, aku tak boleh. Aku selalu bergaduh dengan mak bapak. Orang yang aku sayang dah tak sayangkan aku. Jadi, aku habiskan masa buat kerja bod0h melayan jantan, jadi perempuan bod0h tak ada agama sedangkan aku pakai tudung.

Tetapi dalam hati aku pernah terdetik, “Bila aku nak berubah? Sampai bila aku nak jadi seperti ini? Hmm .. syaitan banyak menghasut,”.

Jadi, aku dengar saja cakap sy4itan buat kerja bod0h. Menangis sebab lelaki lebih daripada aku patut menangis atas sejadah, ambil benda-benda bodoh semua.

Lepas itu, semalam, aku tidur. Bangun sahaja dari tidur, aku tengok ramai orang mengerumuni aku. Jadi aku dah tahu yang aku telah meningg4l dunia. Di saat itu merupakan saat-saat terakhir aku melihat semua orang.

Aku takut, menggigil, bulu roma meremang 360 ‘. Dapat aku bayangkan semua d0sa-d0sa yang aku telah lakukan. Ya Allah, masa itu aku takut sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu sebab aku tahu aku mesti akan dicampak ke dalam ner4ka.

Semasa semua orang nak bawa aku ke kubvr, aku merayu-rayu berdoa pada Allah tolonglah berikan peluang kepada aku untuk hidup. Aku belum mahu m4ti dalam keadaan d0sa Ya Allah. Aku takut dengan balasan yang diterima. Aku takut sangat.

Tetapi orang tetap mengusung jenaz4h aku ke kubvr. Sampai di tanah perkuburan, aku dibaringkan dalam kubvr. Masa itu rasa nak menjerit meroyan semua ada sebab di kiri kanan aku ada tembok. Aku takut tak terkata namun tetap berdoa.

“Ya Allah, bagilah aku peluang. Aku takut ya Allah. Aku takut dan tak nak masuk api ner4ka!” Aku tersedar dari tidur, bersyukur dan sekarang aku tahu bahawa mimpi itu adalah hidayah dari Allah dan tiba masanya untuk aku berubah. MasyaAllah. Aku kena berubah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*