
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Bilal Meningg4l Dunia Ketika Azan Subuh Berkumandang
Port Dickson: Bilal 2 Masjid Kampung Baru Si Rusa dekat sini, Ahmad Bahtin Khalid, 77, meningg4l dunia ketika azan Subuh sedang berkumandang di masjid ini, jam 6 pagi tadi. Ahmad Bahtin sedang membetulkan sejadah sebelum dia rebah di atas sejadah berkenaan.
Pengerusi masjid, Tusiran Pesan berkata, sepatutnya Allahyarham yang melaungkan azan namun dia terlewat sedikit tiba ke masjid.
“Ahmad Bahtin sedang membetulkan sejadah di saf hadapan sebelum rebah menyebabkan solat Subuh tergendala sebentar. Ketika itu, azan sudah di penghujung azan. Biasanya, selesai azan, Ahmad Bahtin akan menunaikan solat sunat,” katanya.
Menurut Tusiran, Ahmad Bahtin menjadi bilal di masjid berkenaan sejak 1980-an. Jemaah, Hashim Kamarudin, 57, berkata, dia menerpa ke arah Ahmad Bahtin ketika dia rebah.
“Saya terus memangkunya serta mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Azan masih berkumandang, dada Ahmad Bahtin berombak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Ahmad Bahtin seorang yang baik, tidak banyak cakap dan sering melaungkan azan. Kematiannya amat dicemburui,” katanya.
Menurut Hashim, jasad Ahmad Bahtin kemudiannya diangkat dan diletak di tepi untuk jemaah meneruskan solat Subuh. “Ahli jawatankuasa masjid menghubungi ambulans dan pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan Ahmad Bahtin sudah meningg4l dunia. Selepas itu, jasadnya di bawa ke rumahnya di Lorong Hj Khalid, tidak jauh dari masjid,” katanya.
Jenazah dimandi dan disolatkan selepas Zuhur di masjid berkenaan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Pinang. Arwah meninggalkan seorang balu berusia 68 tahun dan dua anak berusia 40-an.
Sumber:hmetro
Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih
Leave a Reply