Doa Bila Ada Kehil4ngan Barang Dan Kita Mahu Ianya Dikembalikan, Kisah Benar

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bismillahirrahmanirrahim…Kecurian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang.

Nak diceritakan dulu-dulu saya ketika di asrama selalu juga terkena. Selipar hilang selesai solat berjemaah di surau, kain baju yang disidai di ampaian dan barang-barang peribadi hilang di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.

Semasa saya mula menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah mengalaminya dan amat saya terkilan, Dompet yang dicuri (ya, dicuri oleh penghuni dalam rumah itu sendiri) di dalam dompet mengandungi hampir separuh gaji saya yang dikeluarkan untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling saya tak halalkan ialah rantai leher saya pemberian emak yang putus menunggu dibawa ke kedai emas untuk dibetulkan.



Hingga ketika sekarang pun, setiap kali saya teringat rantai emas itu, saya akan berasa amat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang yang mengambil itu. Allahu.

Bukanlah saya tak redha…Tapi perbuatan itu sangat bodoh dan orang yang tak tahu dosa pahala je yang sampai hati buat macam tu.

Saya percaya dia sekarang sedang menanggung azab menyimpan barang curi sebab saya tidak lagi tinggal di situ dan dia pun sudah tak boleh cari saya lagi.

Wang dan kad-kad tu tidak lagi saya kenangkan. Namun jauh di sudut hati, semoga ada bantuan Allah SWT untuk pulangkan kembali rantai emas yang terukir nama saya tu.

Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa bagi ikhtiar untuk mengembalikan barang yang dicuri.



  1. Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil barang tersebut. (Bukan untuk menuduh,ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam, bayangkan sahaja wajah orang secara umum.
  2. Baca ayat dari surah Ar-Ra’d ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam sebelum tidur. Sebelum itu, maafkanlah semua orang termasuk si pencuri tersebut dan niat kita hanyalah memohon agar barang tersebut dikembalikan. Insya Allah, dengan izin Allah barang tersebut akan kembali dipulangkan.

Nampak macam magic ya. Tapi kuasa Allah, tiada siapa boleh menafikannya. Jika Allah ‘kata’ jadi, maka jadilah sesuatu atas kehendakNya. Kita cuma boleh berikhtiar. Lagipun Allah pernah berfirman bahawa doa orang yang teraniaya mudah didengari dan ditunaikan. Paling pasti, kita mesti yakin dengan Allah SWT.

Yang mencuri itu pun, senipis-nipis iman dia, dia akan rasa tangkai hatinya ‘dicuit’ dosa. Doakanlah semoga terbuka pintu hatinya untuk pulangkan barang yang dicuri itu.

Untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai mendapatkan kembali barang yang hilang atau di curi boleh tengok video ni:

Sumber: buletindaily.com





Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*