Petanda Seseorang Itu Mempunyai S4ka. Sila Ambil Perhatian.. Tonton Penerangan Ustaz kazim Elias Dibawah..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

S4ka adalah j1n yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. S4ka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa s4ka tanpa diketahui atau boleh jadi juga j1n tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa s4ka apabila mereka telah meningg4l dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela j1n-j1n tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, ponti4nak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allaah subhanahu wa ta`ala. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

DALILNYA:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk ‘khadam’ dinyatakan di dalam Al-Quran.
Firman Allaah subhanahu nwa ta`ala.:
Maksudnya:

“Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” –
(Surah Al-Jin: 6)

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

CIRI-CIRI YANG MEMILIKI S4KA

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan sya1tan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

  • Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allaah dan orang-orang sholeh seperti Syeikh Abdul Qodir Al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan As-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami.
  • Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
  • Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

TANDA-TANDA SEORANG ITU MEMPUNYAI S4KA

GEJALA PADA WAKTU TIDUR:

  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  • Bunyi gigi berlaga pada waktu tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
  • Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.

GEJALA PADA WAKTU BERJAGA (waktu sedar):

  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Selalu lalai daripada mengingati Allaah subhaanahu wa ta`ala.
  • Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. Majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi-sndi utama.
  • Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
  • Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
  • Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
  • Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.

KESAN DAN AKIBAT DARIPADA SAKA

  • Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
  • Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
  • Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
  • Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
  • Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
  • Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan Iblis dan Jin.
  • Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
  • Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
  • Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

WALLAAHUA`LAM

Sumber: Kisah Seram dari Ustaz Musa Ali

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*