Sebak Dengan Soalan Syafiq Ahmad Cara Nak Bantu Ibu Masuk Syurga, Ustaz Ebit Lew Ingatkan Dugaan Adalah Allah Sayang

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Usahawan dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew memaklumkan ada menziarah keluarga pemain bola sepak negara, Syafiq Ahmad yang telah kehilangan anak serta ibu mertuanya selepas terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.

Menurut Ustaz Ebit, sewaktu lawatannya itu, dia tidak dapat menahan sebak ketika mendengar luahan daripada Syafiq dan juga isterinya.

“Sebak sayu ziarah @syafiq_ahmad20 , Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.

“Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga,” kongsinya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Ustaz Ebit menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menjelaskan segala ujian yang menimpa keluarga pemain penyerang pasukan Johor Darul Takzim itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

“Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.

“Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ustaz Ebit turut menitipkan doa semoga keluarga ini diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.

“Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.

“Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu,” akhirinya.

Terdahulu, Syafiq telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap pada 6 Disember lalu.

Kemalangan tersebut telah meragut tiga nyawa yang terdiri daripada pembantu rumah, ibu mertua dan anak bongsunya yang baru sahaja berusia 22 hari pada ketika itu.

Sementara itu, isterinya pula mengalami kecederaan dan kini sedang dalam proses pemulihan.

kredit media hiburan

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*