Rebah Dalam Surau, Lelaki Meningg4l Dunia Selepas Solat Subuh Berjemaah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rebah Dalam Surau, Lelaki Meningg4l Dunia Selepas Solat Subuh Berjemaah

Di Kluang Johor, seorang jemaah masjid meningg4l dunia selepas solat subuh berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama. Arwah, Jalaludin Borhan dikatakan baru sahaja bangun dari sujud kemudian mengurut dada yang tidak selesa.

Selepas berwirid dan berzikir, arwah sujud seketika sebelum rebah. Di Facebook, Muhd Abd Rahman yang menjadi saksi pemergian arwah secara Husnul Khotimah berkongsi kisah ini. Solat subuh berjemaah, wirid, sujud dan rebah.

kemati4n yang dicemburui

Hari ini saya menjadi saksi bahawa kem4tian itu datang bila bila masa. Subuh berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang bersama anak anak Tahfiz Al-Mukhlisin. Usai solat subuh berjemaah seorang insan yang dipilih Allah, suami kepada Maimunah Juraimi dan ayah kepada Farah Asyiqin Jalaluddin, Jalaludin Bin Borhan dijemput Ilahi.

Husnul Khotimah.

Pengakhiran yang kita semua idamkan. Solat subuh berjemaah, wirid, sujud dan rebah. Mata ini melihat kebesaranMu ya Allah. Saya berada di sampingnya semenjak awal pagi. Bertanya “Cik Jalal, awal pagi ni ke surau”. Di balas arwah “Nak ke pasar lepas ni ustaz. Terus pergi je.” Senyum arwah terkenang sehingga sekarang.

Ayat terakhir Allah

Sedang azan arwah masuk ke dalam surau. Bersandar ke dinding selepas solat sunat. Menanti iqamah. Arwah menyapa “Ustaz, sini sini sebelah saya. Apa apa jadi senang”, ketawa kecil kami.

Selepas solat, berzikir, sedang berzikir urut dada. Arwah sujud untuk mohon kekuatan dari Allah SWT. Bangun dari sujud, urut dada kembali dan rebah. Saya terkejut, melihat wajah arwah kita faham. Saya mengucap syahadah di telinganya dan ayat terakhir dari arwah. Allah! Dan beliau pergi meninggalkan kita. Satu penyaksian dan pengakhiran yang kita semua cemburui.

Husnul Khotimah

Kemati4n yang dicemburui

Sumber : Muhd Abd Rahman Via majalah-harian.com

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*