Terbuka Hati Memeluk Islam, Mengikut Jejak Langkah Kedua-Dua Anak Mereka

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Terbuka Hati Memeluk Islam, Mengikut Jejak Langkah Kedua-Dua Anak Mereka

Hidayah untuk memeluk agama Islam itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang hadir secara lancar dan tenang malah ada juga yang hadir dengan pelbagai cab4ran yang berlikv-likv. Namun begitu, disebabkan keyakinan yang tinggi kepada Yang Maha Esa dan juga pada diri sendiri, sebarang h4langan pasti dapat diatasi.

Pada Jumaat lalu, sepasang suami isteri berbangsa Cina telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas selesainya solat Jumaat. Jelas pasangan ini, keputusan tersebut dibuat selepas terpesona dengan tingkah laku dan akhlak kedua-dua orang anaknya yang telah masuk Islam sejak lapan tahun lalu.

Anak perempuan pasangan itu, Mitchelle Nur Alya telah memeluk Islam pada tahun 2011 dan diikuti adik lelakinya, Vincent Choo sekitar tahun 2013.

Melihat perubahan yang baik pada anak-anak, akhirnya Michael Choo Hock Eng dan isterinya, Verginia Pacolba Gaco Choo terbuka hati untuk mengikut jejak langkah kedua-dua anak mereka. Satu temubual antara pasangan suami isteri itu dengan TV Alhijrah telah menarik ramai pihak untuk mendengar kisah penghijrahan mereka berdua.

Menerusi temubual tersebut, mereka menjelaskan bahawa kedua-dua anak mereka telah memberikan satu inspirasi dan contoh yang baik tentang ajaran Islam. Berita dan kisah penghijaran keluarga ini turut mengembirakan para netizen. Ramai yang mengucapkan syukur terhadap mereka sekeluarga kerana berjaya memeluk Islam.

Pastinya ini merupakan satu kegembiraan tak terhingga buat Mitchelle Nur Alya dan Vincent Choo. Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya membawa ibu bapanya bersama-sama memeluk Islam.

Sumber:Cempedakcheese via Majalah-Harian.com

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*