Duduk Berdiam Saja Di Atas Sejadah Sebab Tak Reti Solat. Kisah Guru Muallaf Ini Membuatkan Warganet Terkesan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kisah ini diambil dari perkongsian FB Maisarah Hannan yang merupakan seorang guru, seorang muallaf dan juga seorang aktivis masyarakat yang hebat menjalankan kerja-kerja kebajikan di pedalaman Sabah. Menerusi hantaran terbaru di FB itu, Maisarah berkongsi kisah bagaimana dia mula memelvk lsIam yang pastinya akan menjentik perasaan orang ramai. Berikut perkongsian cikgu Maisarah;

Melalui apa yang mereka rasai pastinya pernah. Cuma episod kisah pahit manis masinnya mungkin sedikit berbeza. Semua penerima hari ini adalah muallaf. Mungkin ada antara mereka ini dalam kategori yang mampu, tapi tidak mengapa. Kita raikan saja mereka sebagai saudara baru. Terima kasih JHEAINS sandakan atas kolaborasi ini.

Semua persediaan dilakukan sendiri. Pembelajaran juga sendiri. Itu yang saya lalui masa mula menjadi muallaf. Dengan ilmu yang “zero” saya beranikan diri untuk mencari buku panduan solat wanita, membeli sejadah dan telekung untuk kegunaan sendiri.

Semangat berkobar-kobar tapi lucunya kain sembahyang yang dibeli pula singkat dan keras hahaha… Maklum saja, tak reti nak ukur paras mana yang sepatutnya. Semua kelengkapan yang paling murah saja. Habis belajar saya hanya bekerja biasa. Hanya receptionist di De Choice Hotel, Tawau. Gaji tak besar. Lagi pula masa tu hanya keseronokkan yang difikirkan. Net Alive, RnB ibarat rumah kedua. Yaaa benar, begitula saya yang dulu. Saya bukan orang yang baik. Saya budak yang nakal.

Bangun dan berwuduk setiap kali dengar azan Subuh

Dulu, rumah saya paling dekat dengan masjid. Bila dengar azan subuh, saya akan bangun. Berwuduk ikut panduan dalam buku yang dibeli, dapat hafal niat yang bahasa melayu saja. Dalam keadaan bergelap saya hanya duduk atas sejadah. Sengaja saya tak hidupkan lampu sebab takmau orang dalam rumah tahu.

Hanya duduk berdiam di atas sejadah. Sesekali air mata jatuh. Sebab tak tahu apa yang perlu dibaca, apa yang patut saya buat. Saya tak tahu. Betul-betul tak tahu. Duduk saja saya di situ sampailah suara dari speaker masjid senyap. Maksudnya orang dah habis solat agaknya.Dia permudahkan. Tak sampai sebulan saya muallaf, datang surat tawaran program perguruan dari KPM bidang counselling and guidance di UIA.

Meremang juga bulu roma masa tu. Sebab saya langsung tak mohon course itu, Universiti itu. Kenapa diberi ini…?? Sebab Tuhan nak permudahkan urusan saya sebagai saudara baru. UIA dunia pertama saya, persekitaran pertama saya selepas bergelar muslim. Satu-satunya Universiti yang mewajibkan semua pelajarnya bertudung.

Pertolongan Nya tak habis di situ. Takdir Tuhan mempertemukan saya dengan sahabat-sahabat rumah sewa dari course pendidikan islam. Bakal Ustazah. Maka di sinilah saya bebas untuk belajar segalanya tentang Islam. Betapa dipermudahkan urusan hijrah ini. Indah aturan Nya.

Dan sekarang alhamdulillah. Ilmu tidaklah banyak. Tapi asas itu In shaa Allah sedikit sebanyak membantu membentuk Maisarah yang sekarang. Yang masih punya banyak kekurangan, aib, kekhilafan. Brothers & Sisters, tidak kira siapa kita dipermulaan kerana yang lebih penting adalah pengakhiran kita.
Hidayah itu nyata.

Sumber:FB Maisarah Hannan

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*