Takut Masuk N3raka, Asif Suhaimi Tetap Solat Walaupun Memang “Anak Syurga”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Takut Masuk N3raka, Asif Suhaimi Tetap Solat Walaupun Memang “Anak Syurga”. Dua hari lepas, YouTuber terkenal Syahmi Sazli telah memenangi anugerah ‘Video Pendek Terbaek’ dalam Konsert Throwbaek 2019 Astro. Karya ‘Drama Spontan’ yang mengetengahkan dua orang remaja autisme ini telah berjaya membuatkan anak kelahiran Kelantan i menempah nama di media sosial serta menjadikan pelakon utamanya Asif Suhaimi dan Yoe parey terkenal.

Tetap solat walaupun tak wajib

Umum sedia maklum bahawa Asif merupakan sepupu kepada Syahmi dan kerap berada bersama keluarga YouTuber tersebut. Hubungan yang rapat antara mereka kerap kali dilihat menerusi Instagram masing-masing.

Menerusi perkongsian terbaru Syahmi Sazli di Instagramnya, dia telah memuat naik gambar Asif yang sedang solat walaupun tidak berada dalam pergerakaan yang sempurna. Menurut kapsyen yang dinyatakan oleh Syahmi, pada awalnya dia hanya bergurau dengan Asif berkaitan satu video yang ditonton dan cuba menakut-nakutkan remaja itu.

Terus bangun pergi solat

Tanpa disangka Asif terus bangun dan bertanyakan perihal waktu solat kerana enggan masuk ke dalam n3raka. Situasi lucu itu turut dinyatakan oleh Syahmi apabila Asif terus bertanyakan tentang waktu Isyak sedangkan ketika itu baru waktu Magrib.

Alhamdulillah, free2 dapat pahala

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terhibur dengan lawak spontan mereka berdua. Walau bagaimanapun ada juga yang meninggalkan komen memberitahu bahawa terkesan dengan tindakan Asif kerana remaja istimewa itu lebih memahami tentang konsep syurga n3raka berbanding masyarakat yang normal.

Bagus Asif boleh fikir tentang syurga n3raka

Sumber : Syahmi Sazli via https://ohmymedia.cc/

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*