Dah 2 tahun kucing tak jemu ziarah kubvr tuannya, hanya balik masa lapar… menantu dedah kebaikan arwah bapa mentua – “Abah tak manjakan Nana pun”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

SEBUT sahaja kucing oyen (oren), pasti rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa lucu dek kerana banyak kisah mencuit hati yang dipaparkan di media sosial melibatkan haiwan bulus ini.
Namun kisah seekor kucing oren yang mulai tular baru-baru ini pasti membuatkan netizen sebak dan tersentuh.

Menerusi perkongsian pelayar bernama Hazlynn Nozi di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing jantan yang diberi nama Nana membuktikan betapa sifat kasih dan setia seekor haiwan kepada manusia sememangnya wujud.

Dua tahun lebih pemergian arw4h abah, masih setia. Dari tanah kubvr merah dan basah sehingga hari ini. Al-fatihah buat arw4h Abah.

“Kubvr ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami. Tiap pagi balik rumah untuk minta makanan kaki basah-basah kena embun, baru balik dari kubvr.

“Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menurut wanita berkenaan, Nur Hazlynn Mohamat Nordin, sudah menjadi rutin Nana untuk menziarahi pusara bapa mentuanya, Abd Aziz Ismail setiap hari sejak dia meningg4l dunia, dua tahun lalu.

“Sebenarnya si oyen ni saya yang bawa ke rumah abah sebab masa itu dekat rumah saya, dah ada beberapa ekor kucing. Kebetulan ketika itu abah baru saja pencen sebagai guru, anak-anak pula tinggal berasingan, jadi dengan oyen ni la abah hilangkan rasa bosan.

“Nama Nana pun abah yang pilih. Dia memang rajin mengekor abah pergi masjid yang terletak di sebelah rumah. Waktu Subuh kalau abah nak keluar rumah, dia siap tunggu dekat tangga sebab abah akan berinya makanan.

“Abah pelihara Nana ni style kampung saja… tak ada bawak pergi grooming atau salun kucing pun. Makanan pun beri yang biasa-biasa, tak mahal. Abah tak manjakan Nana macam tu.

Nana setia menziarahi pusara tuannya setiap hari tanpa jemu sejak dua tahun lalu.

“Tapi memang abah yang selalu layan Nana berinya makanan. Sebab itu Nana rapat dengan abah, lagi pula dah enam tahun duduk bersama di kampung di Tanah Merah, Kelantan,” kata wanita berusia 25 tahun ini kepada mStar.

Bercerita lebih lanjut, Nur Hazlynn berkata bapa mentuanya meninggal dunia pada Ogos 2018 kerana komplikasi pelbagai penyakit kronik.

Orang masjid pun tahu tabiat Nana. Dia akan lompat pagar menyeberang dari rumah ke masjid. Nana akan balik bila lapar.

“Pada hari pertama selepas abah meninggal dunia, Nana pun ikut kami ziarah pusara. Ingatkan dia saja-saja ikut sekali sebab ramai-ramai pergi.

“Tapi selepas itu pun, Nana pergi sendiri. Adik beradik kami mana yang tinggal berdekatan memang akan pulang rumah umi sebab setiap pagi Jumaat selepas sarapan, kami ziarah pusara arw4h.

“Bila sampai saja di kubvr, nampak Nana dah ada di kubvr… dia sampai lagi awal. Selalu siapa-siapa yang ziarah, memang akan share gambar dekat group WhatsApp. Port kegemarannya di nisan bahagian kepala arw4h abah.

“Sampai sekarang asal hilang saja, mesti tahu dah Nana pergi mana. Orang masjid pun tahu tabiat Nana. Dia akan lompat pagar menyeberang dari rumah ke masjid. Nana akan balik bila lapar,” ceritanya lagi.

Kucing berwarna oren yang diberi nama Nana ini tinggal bersama arwah bapa mentua Nur Hazlynn sejak 6 tahun lalu.

Tambah Nur Hazlynn, dia berkongsi mengenai Nana di group Facebook sekadar untuk suka-suka.

“Selalu ramai share pasal oyen mereka yang lucu, kemudian saya teringat kami juga ada seekor oyen. Tapi oyen yang ini sentimental sikit.

“Kami sekeluarga pun tak sangka boleh jadi tular namun bersyukur, asbab daripada perkongsian mengenai si oyen ni, ramai yang tahu pasal arw4h abah.

“Mudah-mudahan apabila ramai yang membaca kisah ini, dalam masa yang sama dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah. Tiada apa yang kami harapkan… semoga kisah Nana jadi manfaat untuk semua,” katanya.

PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*