
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Foto Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Walaupun Ketika Itu Hujan Turun Dengan Lebatnya
Disebabkan pendemik Covid-19 yang melanda dunia, rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah. Namun begitu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak kelonggaran telah diberikan hampir diseluruh dunia susulan daripada penurunan kes jangkitan yang berlaku.
Solat dalam hujan
Di Ankara Turki, Solat Jumaat telah mulai dibenarkan dan ibadah tersebut dilakukan di kawasan dataran dengan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan. Gambar-gambar semasa solat Jumaat tempoh hari telah tular apabila jemaah langsung tidak berganjak walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.
Terus khuyuk beribadah
Masing-masing dilihat khusyuk menikmati ibadah tersebut yang sudah lama tidak dilakukan berikutan perintah kawalan yang dikuatkuasa oleh kerajaan Turki berhubung pendemik Covid-19.
Gambar-gambar yang tular itu turut dimuat naik CNN Turk dan dikongsikan berulang kali di laman sosial sehingga ke hari ini.Oleh itu, dapat kita pelajari bahawa nikmat yang dikurniakan ketika ini sangat besar terutamanya selepas berlakunya pendemik Covid-19 yang pastinya hampir melumpuhkan ekonomi seluruh dunia.
Sumber: CNN Turk, Twitter
PERHATIAN: Pihak AMBIL TAHU DOT COM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak AMBIL TAHU DOT COM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply