Bekas pengetua dijemput aj4l ketika sedang bert4darus

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

BEKAS pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat meningg4l dunia ketika bertadarus di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Kampung Pauh Panji, malam tadi.

Mat Jusoh Harun, 65, dikatakan sedang membaca ayat suci al-Quran sebelum tersembam, namun masih mampu membaca beberapa potong ayat al-Quran dan mengucap dua kalimah syahadah lalu menghembuskan nafas terakhir jam 10 malam.

Isteri arw4h, Wan Hasnah Wan Mohd Nor, 63, berkata dia diberitahu seorang saksi, arw4h suami sempat mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali sebelum tidak bergerak lagi.

“Saya dimaklumkan arw4h ketika itu masih mempunyai nadi tetapi terlalu lemah sementara ada jemaah menghubungi ambulans.

“Ketika itu saya berada di rumah dan dihubungi rakan suami meminta datang ke masjid kerana suami tidak sedarkan diri.

“Saya meminta supaya mereka membawa suami ke hospital, namun menyuruh saya datang sendiri ke masjid melihat keadaan suami dan ketika itu sudah berasa tidak sedap hati sebelum segera bergegas ke masjid terletak tidak jauh dari rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Wan Hasnah berkata, ketika tiba di masjid dia melihat kedua belah kaki suaminya sudah diikat dan pihak hospital ada bertanya sama ada mahu membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) tapi mungkin menyebabkan tulang mangsa patah.

Ini menyebabkan Wan Hasnah tidak mengizinkannya dan reda jika aj4l suaminya setakat itu.

“Arw4h seolah sudah tahu akan dijemput (Ilahi) kerana saya dimaklumkan dia meminta untuk membaca (al-Quran) dahulu sedangkan gilirannya belum tiba lagi.

“Suami juga tidak mengalami sebarang peny4kit tapi pernah mengadu rasa s4kit di bahagian jantung tetapi tidak mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Jenaz4h dik3bumikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Pauh Panji selepas solat Jumaat.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*