‘Husnul khatimah buatmu ayah..’ – Mualaf meningg4l dunia selepas peluk Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

KLANG – Bapa kepada Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Klang, Mitchelle Nur Alya, telah kembali ke rahmatullah pada 3 Januari lalu.

Allahyarham Yusof Choo Hock Eng, 71, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 6.55 pagi kerana sakit tua.

Difahamkan, arwah dan isterinya telah memeluk agama Islam sejak beberapa bulan yang lalu.

Kisah pasangan itu pernah tular selepas kagum dengan tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan anak mereka sehingga terbuka hati untuk turut memeluk Islam.

Permergiannya mengundang kesedihan buat anaknya yang terlebih dahulu bergelar Muslim pada 2011.

“Assalamualaikum. Ayah saya Yusof Choo Hock Eng telah kembali pada Allah jam 6.55 pagi tadi.

“Setiap yang bernyawa pasti mati. Aku redha dan syukur Allah telah beri ayah saya hidayah untuk mengucap dan pegang kunci dua kalimah syahadah sebelum Allah menjemputnya.

“Hujan renyai dari semalam. Alhamdulillah ya Robbi. Mohon doa kawan-kawan semua,” tulis Nur Alya di Facebook miliknya.

Salam takziah diucapkan kepada Nur Alya dan seluruh ahli keluarga di atas pemergian ayah tersayang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*