“Mohon Doa”, Pelakon Shahriza Mahmud Kini Krɪtɪkal

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

MALAYSIA: Pelakon drama terkenal era 1990-an, Shahriza Mahmud kini berada dalam keadaan krɪtɪkal di Hospital Putrajaya akɪbat demam panas.

Selepas tiga hari dirawat di Unit Penjagaan krɪtɪkal (CCU) hospital berkenaan, doktor telah mengenal pasti jenis bakteria dalam sistem tubuh aktres yang pernah menempa kemasyhuran menerusi drama bersiri Spektra itu, lapor Astro Awani.

Perkembangan status Shahriza, 55, dikongsi suaminya, Saddiq Rafali di akaun media sosialnya.

“Cintaku Shahriza Mahmud masih dalam keadaan krɪtɪkal. Doktor sudah mengenal pasti jenis bakteria dalam sistemnya.

“Tolong teruskan sokongan dan doa anda untuknya. Tiada sebarang keraguan dalam fikiran saya bahawa dia adalah pejuang. Dia mampu mengatasi perkara ini. Dia selalu ada dan akan sentiasa ada,” tulis Saddiq dalam hantarannya itu.

Beberapa media melaporkan, Shahriza dikejarkan ke hospital berkenaan pada tengah malam Ahad selepas didapati meracau selain suhu badannya terlalu tinggi.

Shahriza juga dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke CCU kerana bimbang sekiranya dia dijangkiti COVID-19.

Sementara itu, Saddiq memberitahu portal Malaysiakini yang dia kerunsingan kerana sudah tiga hari tidak dapat bertemu isterinya itu.

Kata Saddiq, dia akan berusaha meminta pertimbangan doktor bagi membenarkannya berjumpa Shahriza berikutan keputusan ujian saringan COVID-19 ke atasnya negatif.

Terdahulu, Shahriza Mahmud hampir berputus asa untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon selepas hampir 15 tahun tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Menerusi laporan mStar, Shahriza, 48, berkata, sepanjang tempoh itu dia pelbagai perkara telah dilakukannya termasuk menghadiri sesi uji bakat dan bertemu dengan penerbit namun usahanya itu sia-sia.

“Hanya Allah yang tahu betapa tebalnya muka saya apabila sampai terpaksa merayu untuk mendapatkan watak dalam sesuatu projek drama atau drama bersiri tetapi semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil.

“Oleh sebab itu juga saya pernah berputus asa untuk meneruskan karier dalam lakonan kerana merasakan rezeki saya bukan lagi dalam bidang tersebut,” katanya.

Shahriza ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya berjudul #Antidot di Sri Pentas Bandar utama.

Sumber: MK/YoY

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*