Umur Baru 7 Tahun Tapi Dah Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dapat membaca Al-Quran pada usia yang masih muda pastinya satu pencapaian yang cukup membanggakan terutamanya buat ibu-bapa yang mempunyai anak kecil. Bayangkan jika anak anda mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran di usia seawal 7 tahun?

Seorang budak yang berusia 7 tahun dari England telah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Yusuf Aslam itu turut mengikut jejak langkah kakaknya Maariya yang turut menghafal Al-Quran pada usia yang sama kira-kira dua tahun yang lalu.

Yusuf hanya mengambil masa selama dua tahun untuk menghafal kesemua 114 surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Menurut ibu Yusuf, dia bagaikan berada di dalam mimpi apabila kedua-dua anaknya dapat menghafal Al-Quran di usia yang sangat muda.

“Rasanya seperti berada di dalam mimpi. Saya tidak pernah terfikir yang kami boleh capai sehingga ke tahap ini. Allah S.W.T telah memberkati kami untuk melalui perjalanan ini. Allah telah berfirman bahawa, “Aku akan memudahkan kamu jika kamu mencuba.” Dan Allah telah melakukannya. Ianya merupakan satu kepuasan mengetahui bahawa anda telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk hari akhirat kelak”.

Ditanya adakah sebarang cabaran yang dihadapi sewaktu dalam perjalanan anaknya untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran, kata ibunya pasti ada cabaran dalam setiap perjalanan.

“Cabaran paling besar adalah perubahan gaya hidup anda. Selama dua tahun anda tidak mempunyai kehidupan untuk bersosial. Tetapi Alhamdulillah Yusuf dapat mengadaptasi kehidupan itu kerana dia sering melihat rutin kakaknya dan dia suka mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sewaktu mahu tidur. Saya tahu dia berminat untuk belajar walaupun dia tidak tahu betapa banyak komitmen yang diperlukannya.

Saya telah melepaskan kerjaya saya untuk mendidik anak-anak saya baik dalam pendidikan Islam mahupun dan pelajaran asas. Sebagai ibu saya rasa bertuah dan dirahmati kerana dikurniakan anak-anak yang begitu memberi kerjasama dan dapat mengimbangi waktu mereka dengan baik”.

Tambah ibu Yusuf lagi, dia bersyukur kerana tidak pernah sekali pun anaknya itu katakan ‘tidak’ untuk membaca Al-Quran kerana dia mahu menjadi seorang ‘Hafiz’.

“Selepas mengetahui beberapa juzuk Al-Quran, dia ada bertanya kepada saya, kenapa dirinya belum dipanggil ‘Hafiz’ seperti kakaknya. Jadi saya jelaskan kepadanya bahawa dia perlu menghabiskan seluruh Al-Quran untuk mendapat gelaran ‘Hafiz’.

Saya juga memberikan hadiah kepadanya. Dia tahu bahawa dia telah dijanjikan dengan sebuah parti dan boleh menuntut apa-apa yang dia mahu apabila dia telah mencapai sesuatu. Hadiah utama untuknya adalah mengerjakan Umrah.”

Ditanya apakah nasihat darinya untuk ibu bapa di luar sana yang inginkan anak mereka menghafal Al-Quran di usia yang muda, katanya ramai ibu bapa yang bimbang bagaimana anak mereka akan dapat mengatasinya dengan hidupan harian mereka. Namun katanya kanak-kanak lebih mudah untuk menyesuaikan diri. Lepas sebulan anak anda akan terbiasa dengan rutin menghafal Al-Quran.

Tambahnya lagi, setiap ibu bapa perlu ada asas dalam membaca Al-Quran terutamanya ilmu tajweed supaya dapat membantu anak untuk membaca dan menghafal Al-Quran dengan lebih mudah.

Sumber : ilmfeed.com

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*