Dunia penuh resah g3lisah Zul Yahya seru umat Islam mohon keampvnan Allah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pelakon Zul Yahya mengajak orang ramai memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia termasuk mengejar kehidupan dunia sehingga lalai menjadi umat Muhammad yang berguna.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook berkata, wabak Covid-19 yang menimbulkan kegelisahan masyarakat dunia dianggap sebagai peringatan Allah SWT untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa.

Mengakui dirinya masih jahil, pelakon berusia 47 tahun itu meluahkan perasaan sedih apabila kehidupan ketika ini sudah terbatas kerana masjid dan surau telah ditutup bagi mengelak penularan wabak tersebut.

“Kita tak boleh lagi bebas macam dulu, bebas untuk beribadah. Allahuakbar! Ini pengajaran bagi kita. Iman masih lagi belum sempurna.

“Cukuplah, kita dah banyak buat kemungkaran dan perkara Allah tak suka. Banyak maksiat berlaku, perlakuan songsang,” katanya.

Dalam video berdurasi 23 minit 11 saat itu, Zul menyeru orang ramai menghidupkan suasana masjid di dalam rumah dengan melakukan amal ibadah dan memperbaiki diri masing-masing.

“Sentiasa lihat kebesaran Allah SWT, jangan lagi lihat kebesaran dunia. Tengok Allah hantar makhluk yang kecil je, huru-hara dah satu dunia.

“Sampai bila kita nak biarkan masjid sepi? Sepi tiada tangisan dan amalan. Tiada apa-apa ibadah di masjid.

“Kita yang ada agama pun tak dapat nak tunjuk agama kita pada orang tiada agama. Allah dah sediakan syurga untuk kita tapi kita tak nampak,” ujarnya.

Tonton video penuh :

Sumber : Zul Yahya

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*