
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew cukup dikenali dengan sifat dermawan dan kerendahan hatinya.
Saban hari, apabila tular di media sosial berkenaan mus1bah atau kesusahan yang men1mpa rakyat tanpa dipanggil, sudah tentu dia akan menjadi individu pertama tampil menyampaikan bantuan.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membelanja Ebit dan ‘team’ menikmati juadah ikan patin Temerloh sewaktu menjalankan misi bantuan benc4na banjir di Pahang.
Beliau berkongsi pertemuan bersama Seri Paduka menerusi sebuah posting di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya.
“Terh4ru seb4k sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin Temerloh. Ya Allah. Malu sangat sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan.
“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.
“Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya.
Dalam pada itu, Ebit sempat juga merakam kemesraan antara Seri Paduka dan Permaisuri Agong dimana baginda disuapkan makan oleh Tuanku Permaisuri sambil bergurau mesra sewaktu makan bersama.
“Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.
“Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami,” jelasnya lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya termakbul doa beliau ingin bergambar bersama Agong. Semoga mereka semua diberkati Allah SWT kerana sanggup berk0rban masa mengerahkan tenaga bagi membantu m4ngsa banjir.
Sumber: Facebook Ebit Lew , Instagram Ebit Lew
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply