Ramai Yang Terbuat Tapi Tidak Sedar, Ini Hvkum Menc4but Rumput Di Atas Kubvr!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kalau Ziarah Kubvr, Jangan Cabut Rumput? Ini Sebabnya | Mungkin ramai tidak tahu atau tak sengaja.

Niat kita mungkin hanya mahu membersihkan kubvr sahaja kerana jarang menziarahi ahli keluarga yang terlebih dahulu dijemput Illahi.

Tapi rupanya perbuatan mencabut rumput di atas kubvr mempunyai hukum berbeza. Baca penjelasan diberi oleh Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum cabut rumput yang tumbuh atas kubur ini.

”Hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubvr adalah segala yang tumbuh di atas kubvr.

Ia tidak termasuk kawasan lain seperti jalan di sekeliling kubvr atau tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkubvran.

Hukvm mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubvr ini berlaku khilaf dalam kalangan ulamak mazhab padanya.

Mazhab Syafie

Har4m Cabut Tumbuhan Di Atas Kubvr. Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Erti : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi SAW.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBvR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Erti : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubvr oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak may4t dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah m4ti nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabvtnya.”

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubvr yang mencabutnya maka tidaklah har4m.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Erti : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubvr sebelum tumbuhan itu m4ti.”

Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Erti : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya.”

Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Erti : “Dan tidak harus bagi selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (m4ti).”

PEMILIK DIHAR4MKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBvR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubvr itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.

Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubvr itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Erti : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubvr itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak may4t maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)

Artikel Berkaitan Cinta Suami Akan Terus Melekat Seperti Magnet Jika Isteri Buat 7 Perkara Ini
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubvr itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBvR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Erti : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada may4t dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)

KESIMPULAN

Har4m atas bukan pemilik atau waris penghuni kubvr men cabut rumput atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubvr orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.

Harus ke atas pemiliknya mengambil atau men cabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubvr dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah har4m.

Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubvr yang tumbuh di sekeling kubvr kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.

wallahua’lam

kredit Ustaz Azhar Idrus kataustaz

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*