“Salah Satu Punca Hidup Kita Sempit, Susah Sebab Putus Hubu ngan Silaturahim dengan Ahli Keluarga.” Ya Allah, Takutnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Siapa yang tak sayang adik-beradik… da rah daging sendiri, kan? Sejak kecil, ibu bapa kita telah melatih agar sayang-menyayangi, jangan cembu ru, kena beralah. Masa kecil, mungkin kita boleh dengar nasihat itu sebab kita masih dalam pengawalan mak ayah.

Tambahan lagi, kita masih kecil. Tapi, apabila kita beransur remaja dan dewasa, masing-masing ‘ikut kepala sendiri’. Di sinilah segala-galanya bermula…

Masih ingat lagi masa kecil, apa sahaja barang yang ibu atau ayah beli, pasti setiap anak akan menerima barang yang sama. Kalau tak sama pun, yang penting tetap dibelikan juga. Kerana apa…? Kerana takut nanti anak-anak kata ibu ayah membeza-bezakan pula.

Sebenarnya bila adik-beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu. Sebab tu penting jaga hubu ngan dengan adik beradik. Kalau kita tengok ada yang adik-beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih, bantulah adik-beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat, kata nabi SAW.

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi, saya tak nak ‘tag’ nama dia. Nama dia Haris. Baru umur 40 lebih. Tapi kaya-raya. Rumah besar nak ma ti. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.

Dia kata, “Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik-beradik. Walaupun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni, hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik-beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik-beradik saya. ‘So’ Khalil, kalau ada adik-beradik, susah bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki kat ‘you’ melimpah ruah…”

Terus teringat seorang ustaz kata “Salah satu punca hidup kita sempit… susah… sebab putus hubu ngan silaturahim dengan ahli keluarga..” Ya Allah.. Takutnya..

Sedih lihat… Ada adik-beradik yang tak bertegur sapa bertahun-tahun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik-beradik kita walaupun kita tak salah, Allah akan tinggikan darjat kita.Tak hi na pun orang yang meminta maaf.

Ustaz saya kata “Kalau kita cepat maafkan orang kat dunia ni, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti…”

Ya Allah.. Jadikanlah kami adik-beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Alllah.. Rapatkanlah kami hubu ngan kami adik-beradik.. Rahmatilah kami adik beradik. Ya Allah ampunilah dosa adik-beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami. Amiiin.

Kredit : Muhamad Rizuan via GPSBestari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*