Mualaf Bukan Alasan Putuskan Silaturahim Ebit Lew Sambut Tahun Baru Cina Dengan sSaudara Mara

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Mualaf bukan alasan putuskan silaturahim Ebit Lew sambut tahun baru cina dengan saudara mara

Perbezaan budaya, agama atau kepercayaan tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan hubungan sesama manusia.

Begitu juga apabila seseorang itu mengenali dan memeluk agama Islam dan bergelar mualaf. Ia bukanlah alasan untuk memutuskan tali silaturahim dengan ahli keluarga yang berlainan agama.



Itulah mesej yang diterjemahkan oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ebit Lew, yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarganya.

Menerusi status berserta video dan beberapa foto yang dikongsikan di media sosialnya, Ebit Lew akui beliau amat merindui keluarganya.

“Setahun sekali baru dapat bertemu. Ini dah setahun kita tak berjumpa.

“Ramai tahun ni tak dapat bertemu. Semoga tahun depan Covid-19 sudah tiada, kita semua dapat bertemu semuanya.



“Bahagia dan kekayaan ialah dapat bersama keluarga yang kita cintai dan sayangi. Bahagia sangat rasa,” katanya.

Dalam video dan foto yang dikongsikan, Ebit Lew dilihat memberi ‘ang pow’ kepada individu-individu yang difahamkan adalah anak saudaranya.

Malah, para netizen turut menzahirkan rasa gembira dan hiba melihat perkongsiannya itu.



PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*