Beginilah 8 Cara Merawat B1sul, Terutama Di Punggung, Ketiak & Kepala

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Beginilah 8 Cara Merawat B1sul, Terutama Di Punggung, Ketiak & Kepala

“Malunya ada b1sul di dahi. Nak keluar rumah pun susah, nanti kawan-kawan gelak” Yang peliknya dengan b1sul ni, pandai pula dia cari tempat yang strategik. Susah kita dibuatnya.

Kalau b1sul dah besar, ia akan bern4nah. Ramai yang bertindak memecahkan b1sul tersebut dengan menggunakan jarum. Tindakan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan jangkitan kuman atau bakteris yang menyebabkan lambat proses sembuh.

Apa langkah rawatan sepatutnya yang perlu diambil. Dalam artikel ini dikongsikan panduan untuk merawat b1sul. Harap bermanfaat.

BAGAIMANA LANGKAH RAWATAN B1SUL YANG SEBENAR?

1) TUAM DENGAN TUALA PANAS

Petua merawat b1sul yang pertama ialah dengan merendam tuala dalam air panas, perah dan tuam pada b1sul dalam lima hingga 10 minit. Lakukan tiga atau empat kali sehari.

Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan b1sul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta n4nah dalam b1sul.

2) JANGAN SESEKALI PECAHKAN B1SUL

Memang geram tengok n4nah yang berkumpul dalam b1sul. Warna kekuningan buat rasa nak cucuk dengan jarum bagi pecah dan hilang n4nah. Seeloknya tuam dengan tuala panas sehingga n4nah keluar sendiri dan b1sul kering semula.

3) CUCI DENGAN SABUN ANTIBAKTERIA

Bersihkan b1sul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki n4nah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.

4) SAPU KRIM ANTIBAKTERIA

Sapu krim antibakteria pada b1sul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan b1sul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap.

Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.

5) JAGA KEBERSIHAN DIRI

Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena b1sul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.

7) RAWAT LUKA DENGAN SEGERA

Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan b1sul.

8) ELAK DUDUK TERLALU LAMA

B1sul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.

B1SUL AKAN CEPAT MENGECUT DENGAN RAWATAN YANG BETUL

Lakukan petua merawat b1sul yang mudah ini setiap hari hingga b1sul kering sepenuhnya. Biasanya dalam tempoh seminggu dua, jika dijaga dengan betul, b1sul akan kering dan mengecut.

Sekiranya b1sul anda tidak sembuh setelah melakukan petua di atas malah semakin teruk, eloklah anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Nota: Elakkan dari berkongsi tuala, sabun, baju untuk mengelakkan jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan b1sul.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: siraplimau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*