Ustaz ajar caara nak amalkan surah dan doa untuk mengubat sa kit tapak kaki, Insha-Allah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sa kit tumit atau dalam bahasa perubatannya plantar fascitiis adalah sa kit pada bahagian tumit yang kerap dialami oleh orang dewasa dan ada yang turut merasakan sakit sehingga seluruh tapak kaki atau ke buku lali.

SIMPTOM ini terjadi apabila berlaku keradangan pada tisu pelantar(tendonitis) yang membentuk lengkuk pada tapak kaki atau mengalami kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seperti bejalan atau berlari akan menya kitkan tumit.

Plantar fascitiis atau fascitiis plantar adalah keradangan pada fascia plantar yang merupakan tisu kuat (seperti ligamen) yang meregang daripada tumit sehingga ke tulang tengah kaki. Ia menyokong lengkung tapak kaki dan juga bertindak sebagai penyerap kejutan dalam tapak kaki.

Sakit tumit selalunya lebih teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sa kit berkurangan.

Namun, sa kit akan kembali jika pesa kit berjalan atau berdiri terlalu lama. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sa kit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat.

Doa dan Cara Mengurangkan Sa kit Tumit

  • Gunakan Minyak Zaitun – (Ini kerana Zaitun disebut 6 kali di dalam Al-Quran)
  • Baca Surah al-Fatihah
  • Baca Ayat Kursi
  • Baca Surah At Taubah ayat 14
  • Baca Surah Al hasyr ayat 216. Disapu atau lebih baik diurut secara perlahan-lahan kebahagian yang kaki yang sakit

Caara Tradisional Mengurangkan Sa kit Tumit

Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.

Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

Bagaimana mencegahnya ?1- Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.2- Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.

Kaedah Doa bagi rawatan sa kit tumit dan sendi oleh Ustaz Sharhan Shafie

VIDEO :

Sumber : rencahrasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*