Ibu bapa telah wa fat. Bagaimana kaedayh bayar Fidyah untuk mereka

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Menurut istilah fiqh, fidyah merupakan satu cara untuk menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak. Oleh itu, tiada amalan fidyah dilakukan kerana mening galkan kefardhuan yang lain seperti mening galkan solat dan sebagainya. Mereka yang diberi kelonggaran mening galkan puasa namun wajib membayar fidyah atau melakukan qadha adalah seperti berikut;

1- Orang yang musafir dan tiada keupayaan tenaga dalam musafirnya kecuali dengan berbuka puasa. Hukumnya harus berbuka tetapi wajib menggantikan puasa tersebut.

2- Orang yang uzur kerana disebabkan sa kit tua dan tidak mempunyai keupayaan untuk berpuasa. Hukumnya diharuskan berbuka dan wajib membayar fidyah.

3- Ibu yang menyusu dan dibimbangi tentang kesihatannya atau anak tersebut. Hukum harus berbuka tetapi wajib menggantikannya serta fidyah. Namun ada pendapat yang mewajibkan ganti puasa sahaja tanpa fidyah..

4- Orang yang sa kit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan atau pakar bahawa beliau tidak perlu berpuasa dan jika berpuasa boleh mendatangkan kemudharatan atau bertambah teruk sakitnya seperti gestrik dan sebagainya. Harus berbuka dan wajib menggantikan puasa sahaja.

5- Wanita yang ha mil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan memba hayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa namun wajib ke atasnya qadha dan fidyah.

Hal ini merujuk kepada Firman Allah:

Maksudnya: “Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sa kit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(al-Baqarah : 184)

Bersandarkan nas di atas, mereka yang diwajibkan fidyah ke atasnya boleh disempurnakan dengan mengeluarkan secupak makanan asasi tempatan (beras) atau bersamaan 670 gram kepada fakir miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Perlu diingatkan, fidyah hanya diberikan kepada fakir miskin dan bukan kepada asnaf-asnaf yang lain seperti agihan zakat.

Imam al-Nawawi menegaskan “pengagihan fidyah hanya kepadai fakir dan miskin sahaja” Mengenai tata cara mengeluarkan fidyah, ianya boleh dilaksanakan secara sendirian yakni dengan membeli makanan asasi (beras) tersebut mengikut jumlah hitungan hari yang ditinggalkan x satu cupak.

Sebagai contoh, andaikan puasa yang ditingalkan sebanyak 10 hari bermakna 10 cupak atau bersamaan 6.7 kg. Itulah kadar yang diwajibkan kemudian disedekahkan beras tersebut kepada fakir miskin samada hanya kepada seorang penerima sahaja atau lebih. Fidyah juga boleh diwakilkan kepada waris atau pihak-pihak yang boleh menguruskannya. Namun begitu terdapat beberapa persoalan sampingan yang berkaitan dengan permasalahan fidyah iaitu;

Adakah fidyah dikenakan ke atas mereka yang mening galkan puasa dan melampaui ramadhan yang berikutnya dan adakah fidyahnya akan berganda.

Adakah fidyah boleh dijelaskan dalam bentuk nilaian wang tunai atau hanya dikhususkan kepada makanan asasi sahaja.

Berkaitan fidyah bagi pihak si mathi, para ulamak berpendapat para waris wajib melaksanakan urusan fidyah berkenaan sebagaimana tanggungjawab melangsaikan hutang-hutang yang lain. Hal ini disandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas ra bahawa nabi saw telah didatangi oleh seorang lelaki yang bertanya tentang ibunya yang mathi tetapi masih mempunyai tanggungjawab puasa, adakah boleh ia menunaikannya. Jawab baginda saw : Ya, hutang Allah lebih utama ditunaikan”

Pendapat ini diperkukuhkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Ibn Umar ra bahawa nabi saw bersabda:

”Sesiapa yang ma ti dan di atasnya tanggungjawab puasa, hendaklah ia memberi makan fakir miskin setiap hari”. Namun begitu para waris digalakkan (sunat) menggantikan puasa berkenaan bagi pihak si ma ti sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah r.a bahawa nabi saw bersabda: ”Sesiapa yang mathi dan di atasnya tanggungjawab puasa, hendaklah para waris berpuasa bagi pihaknya”.

Imam al-Syaukani lebih cenderong menjelaskan maksud hadith tersebut dengan makna “ para waris melakukan sesuatu yang seumpama puasa iaitu memberi makan“. Pendapat ini selaras dengan pendapat Ibnu Hajar yang dikemukakan di dalam kitab Fathu al-Bari.

والله أعلم بالصواب

Sumber: muis. org

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*