Jangan lupa baca ayat Al-Quran ini selepas melawat hospital. Ini kisah benar

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Jika ada sesiapa di antara kita atau ahli keluarga kita yang ditakdirkan nanti ditahan di wad hospital.. Sebelum keluar dr hospital bacalah ayat matsurath atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, dpn & blkg sblm pulang ke rumah.

Amalkanlah. Kita tak tahu apa yg mengikut kita pulang. Yg mnjadi mang sa ialah anak2 kita

KISAH HOSPITAL

karya: Ariff Budiman Zainal Abidin

Namaku Ariff Budiman. Ramai yang memanggilku dengan gelaran Tok Cik. Disini aku kongsikan pengalamanku sewaktu berada di hospital. Dari sudut kacamataku seorang yang bermata sepet. Lazimnya, bila aku memasuki wad hospital, mataku pasti akan memerhati sekeliling.

Dari setiap sudut, atas hingga ke bawah. Kenapa? Ini kerana terlalu banyak makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku bercerita bukan bertujuan untuk mena kutkan. Sekadar berkongsi pengalaman agar kalian sentiasa beringat….

KES 1 – MATA SI ANAK

Aku masuk ke wad kelas 3. Aku melihat ke atas. Begitu banyak makhluk yang merayap di dasar siling. Ada yang bermata bulat, lebar dan panjang. Begitu juga bentuk telinganya. Wajah mereka pula kebanyakannya buruk dan meng gerikan. Mereka seakan menanti saat untuk terjun ke bawah. Di hujung koridor, aku melihat seorang lelaki sedang berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Da rah memancut keluar dari tengkuknya. Ngeri!

Aku memerhati. Jururawat dan doktor yang bertugas tekun melakukan tanggungjawab mereka. Aku yakin bahawa mereka tidak nampak akan keberadaan entiti-entiti itu. Aku mengalih pandangan melihat ke bawah katil seorang pesakit. Ada sekujur ma yat sedang berbaring di bawahnya.

Di sebelah katil itu. Ada seorang anak kecil seperti tidak betah. Dia menarik-narik tangan ibunya. Jari telunjuknya menuding ke arah lembaga di bawah katil tersebut. Si ibu berang. Marah pada anaknya yang dianggap buat perangai. Aku hanya mampu diam. Pesanku pada ibu-ibu yang ada anak seperti ini. Percayalah. Mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak.

KES 2 – WANITA DAN MAKHLUK BULU

Waktu melawat. Aku melihat ramai pelawat yang datang menziarahi keluarga. Mataku pegun melihat sosok seorang wanita. Wajahnya berkerut. Jalannya begitu perlahan. Di atas bahunya, bertenggek seekor beruk. Matanya merah. Lalu, aku perihalkan pada isteriku. Terdiam dia. Aku terus membaca sepotong ayat Al-quran lalu aku hembuskan ke arah makhluk tersebut. Bapp!! Makhluk itu Jatuh.

Wanita tadi sedikt terhuyung hayang. Keluarganya terus memegang tu buhnya. Mereka beranggapan bahawa wanita tersebut pitam atau tidak sihat. Makhluk yang tergolek diatas lantai bangun dan kelihatan begitu marah. Dia tahu angkara siapa. Matanya tepat memandang aku. Aku lantas membaca ayatul Qursi dan hembus terus ke arahnya. Bagai angin, makhluk itu hilang. Aku perihalkan sekali lagi pada isteriku.

“Laa…Pasaipa abang pi hembus. Sat lagi takut kecuh wad “.

Tegur isteriku. Betul juga katanya. Aku hanya terdiam. Itulah sikapku jika melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh. Natijahnya, aku akan diserang balas. Waktu tidur lebih kerap.

KES 3 – SAKA RATUL MA UT

Aku melihat ramai orang mengelilingi seorang lelaki. Rupanya seorang ayah sedang berjuang di ambang saka ratul ma ut. Anak-anak kelihatan sibuk dengan hp masing-masing. Mungkin sedang memaklumkan kepada keluarga dan sanak saudara tentang lelaki itu. Tetapi. Yang paling sibuk di saat itu adalah seekor makhluk! Makhluk itu bertelinga panjang dan bertanduk tajam. Dia sedang gigih mengganggu lelaki tersebut.

Ketahuilah, bahawa saat ini kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita yang sepatutnya ajarkan kalimat itu. Bukan kita hanya menangis, tengok dan kata pada ayah..

“Ayah mengucap ayah…mengucap”

Kalau kita sayang mereka kita bantu mereka saat ini. Pedulikan Hp. Bisikkan di telinganya kalimat Laaila haillallah berulang kali. Itu sepatutnya. Aku melihat, mata lelaki itu hanya memandang ke atas. Dia di ganggu sebenarnya.

Ingatlah. Kalau kita sayangkan ibu dan ayah, ketika saat mereka hampir sampai ajarkanlah mereka kalimat agong itu. Jangan hanya melihat dan menangis. Itulah yang aku nasihatkan pada anak-anak yang menemani saat ibubapa mereka yang sedang berhadapan saka ratul ma ut. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.

Sumber : Ariff Budiman Zainal Abidin via FB Arkib Angker Negara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*