(video) Remaja Tidur Tak Ingat Dunia, Member Berpakat Solat Jenazahkan Member Di Masjid..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

(video) Remaja Tidur Tak Ingat Dunia, Member Berpakat Solat Jenazahkan Member Di Masjid..
Pengalaman tinggal di asrama merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Hidup bersama dgn rakan2 yang sudah dianggap sebagai keluarga sememangnya akan terpahat berbagai pengalaman pahit manis.

Macam-macam aktiviti seperti makan, belajar, pergi balik sekolah, dan tidur semua buat dengan kawan-kawan kerana merekalah yang paling dekat dengan kita setiap hari.

Senang cerita, kenangan duduk di asrama paling legend dan takkan sama dengan sekolah harian biasa. Setuju tak?

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki yang tertidur lena di masjid asramanya diprank oleh kawan-kawan sehingga membuatkan dia akhirnya terjaga.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tidur tak ingat dunia, bila kena ‘solat jenazah’ baru menggelupur nak bangun. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Ahmad Haikal, kelihatan kawannya yang memakai baju Melayu biru sedang tidur lena di dalam masjid asrama mereka.

Oleh kerana sudah pelbagai cara yang dilakukan oleh kawan-kawan untuk mengejutnya bangun dari tidur tetapi masih tidak berkesan, akhirnya mereka berpakat ramai-ramai untuk membuat ‘solat jenazah’ kepadanya.

Sebaik saja terdengar laungan takbir kawan-kawan yang bergema satu masjid, remaja lelaki itu pantas bangun dan tersedar dia sudah diprank oleh mereka.

Mereka kemudian serentak ketawa kerana tidak sangka cara itu berjaya membuatkan dia terjaga dari tidur.

“Hahaha kawan paling real yang dok tepuk-tepuk lepas dia bangun tu” – Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini meraih 1.2M views, 150.3K likes serta hampir 3K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi remaja lelaki berkenaan.

Malah, ada yang berkata itulah antara kenangan yang sudah pastinya mereka semua takkan dapat lupakan apabila habis zaman sekolah nanti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

sumber: says.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*