
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
ALOR SETAR – Hasrat seorang peskit knser 0tak tahap tiga yang mahu pulang beraya di kampung halamannya di Kampung Bukit Hijau, Mukim Derang, Pokok Sena di sini tercapai apabila dia diterbangkan menggunakan helikopter hari ini.
Remaja terbabit, Noraifa Azira Abdul Aziz, 15, menaiki penerbangan ihsan tersebut dari Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi dekat sini kira-kira jam 11.15 pagi.
Usaha itu dilakukan aktivis masyarakat, Natipah Abdul, 38, menerusi bantuan pelbagai pihak termasuk tokoh korporat yang juga Pengarah Urusan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.
Menurut Natipah, kerja kebajikan itu turut mendapat bantuan Briged Sukarelawan 1Malaysia (BS1M) Sik dan Bomba Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (YJM).
“Mereka membantu memi.ndahkan Nuraifa sebaik tiba di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau di sini pada jam 11.45 tengah hari menggunakan ambuIans,” katanya di sini hari ini.
Katanya, Noraifa pada minggu lalu menyatakan hasrat mahu beraya di rumah datuk dan neneknya iaitu Azmi Harun, 63, dan Siti Hawa Osman, 63, di Kampung Bukit Hijau.
“Setiap hari dia akan tanya ibunya bila dia akan dapat pulang ke kampung kerana sudah tiga tahun tldak dapat pulang beraya dan hasrat remaja ini akhirnya dapat direalisasikan,” ujarnya.
Sementara itu, ibu Noraifa Azira, Roslina Aswira, 38 berkata, dia bersyukur kerana hasrat anak sulung daripada lima beradik untuk beraya di kampung bersama datuk dan neneknya tercapai.
Katanya, anaknya itu mula dikesan menghldap penykit kr0nik itu semasa berusia lapan tahun dan pembe.dahan dilakukan untuk membvang ketmbuhan pada keIenjar 0tak.
Sumber: K! ONLINE
Leave a Reply