Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
SEMEMANGNYA terdapat pelbagai petua rawat anak demam yang boleh kita lakukan di rumah sebelum suhu badan atau demam anak menjadi terlalu tinggi. Antaranya, menyapu badan dengan tuala basah, melembapkan kepala dengan air asam jawa atau air lemon, menggunakan aloe vera, atau menyapu minyak aromaterapi yang sesuai dengan kulit anak-anak.
Kesemua petua ini tentunya mempunyai khasiat tersendiri. Maka, tidak hairanlah ia selalu menjadi rujukan terutamanya buat ibu bapa baru.
Di sini kami ingin kongsikan sebuah pengalaman daripada Puan Syazieda yang telah mempraktikkan petua telur rebus untuk rawat anak demam.
Tapi, sebelum itu, kami juga tertanya-tanya apa sebenarnya khasiat telur rebus ini sehingga mampu rawat anak demam dengan begitu berkesan?
Khasiat sebiji telur
Telur secara umumnya mengandungi vitamin A, D, E, B1, B2, B6, dan B12. Nutrisi ini amat bermanfaat untuk kesihatan kulit, tulang, dan tubuh. Kandungan mineralnya pun lengkap seperti zat besi, kalsium, iodin, dan selenium.
Dalam perubatan tradisional Cina, petua menggunakan telur rebus untuk disapu pada kulit telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Ia dipercayai dapat ‘menarik’ kehangatan atau ketidakseimbangan unsur pada badan yang menjadi punca anak demam.
Uniknya, protein yang terdapat dalam telur juga boleh membantu memperbaiki kerosakan sel, selain mendorong pertumbuhan rambut dan kuku.
Jadi, tidak hairanlah telur turut digunakan sebagai masker untuk muka mahupun rambut untuk mengembalikan keremajaan.
Petua telur rebus untuk rawat anak demam: Langkah demi langkah
Menurut Puan Syazidea, beliau telah mencuba petua telur rebus ini atas saranan suaminya. Sebelum mempraktikkannya, beliau telah mencua pelbagai ikhtiar seperti memberi ubat ‘syrup paracetamol’, ubat yang dicucuk melalui punggung, serta petua air asam jawa. Namun, semuanya tidak berjaya menurunkan suhu badan si anak.
Seperti ibu-ibu lain, tentu kita berasa risau sungguhpun anak belum menunjukkan sebarang tanda bahaya. Akhirnya, beliau bertemu dengan petua ini dan tidak menyangka betapa pantasnya ia berkesan.
Dengan hanya menggolekkan 2 biji telur, si anak menjadi sihat dan boleh bermain.
Untuk mengetahui cara rawat anak demam dengan petua ini, mari lihat langkah demi langkah:
1. Rebus telur ayam
Rebuskan 2 biji telur ayam. Rebuskan lama sedikit sehingga menjadi telur keras.
Kalau separuh masak, anda sukar menggolekkan pada badan anak kerana terlalu lembek.
Beginilah rupa telur ayam yang telah direbus sempurna.
2. Bungkuskan telur ayam
Cari kain yang sesuai untuk membungkus telur yang masih panas tadi. Paling senang, gunakan kain lampin.
Kalau telur masih panas, pastikan balut telur tu tebal sedikit ya!
3. Golekkan pada seluruh badan dan kepala
Apabila menjadi seperti bunjut, anda bolehlah menggolekkan pada seluruh badan anak. Jangan lupa golekkan juga pada bahagian kepala dan kaki.
Golekkan sehingga telur menjadi suam, sekitar 30 minit.
4. Perhatikan hasilnya
Setelah hampir setengah jam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar di bawah.
5. Ulang langkah dengan telur kedua
Ulang semula langkah yang sama seperti telur pertama tadi. Anda akan mendapati telur yang kedua akan kurang menggerutu.
Inilah hasil golekan kedua. Nampak kan?
Mudah, bukan?
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah anak Puan Syazieda memang serasi dengan rawatan telur rebus ini.
Hanya dengan 2 biji telur, suhu badan telah turun dan anak mulai cergas. Syukurlah.
Bagi ibu-ibu, jika anak masih belum sembuh bolehlah rawat anak demam dengan melakukan teknik di atas sebanyak 3 kali sehari. Dalam masa yang sama, pastikan anak kerap dimandikan dan meminum air secukupnya. Memang normal kalau mereka kurang berselera semasa demam.
Dah sihat nampaknya anak Puan Syazieda lepas menggunakan petua ini. Untuk ibu ayah di luar sana, selamat mencuba!
Dah baca habis? Jom like page Ambil Tahu Dot Com
Sumber: Puan Syazieda via cempedakcheese.com
Leave a Reply