Sebelum beli tepung beras, kira dulu gajah ada berapa kat paket tu..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Seperti yang kita tahu, tepung beras merupakan tepung yang mana ia diproses daripada beras yang dikisar. Tepung beras tidak sama seperti tepung gandum atau tepung pulut kerana ianya menggunakan bahan asas yang berbeza.

Ramai yang tak tahu, sebenarnya terdapat beberapa jenis tepung beras yang dijual di kedai. Kalau salah pilih, memang kuih tak menjadi.

Tahukah anda, menurut Muhammad Asyraaf tepung beras yang selalunya kita beli biasanya diperbuat daripada Thailand dan mempunyai 3 jenis yang berlambangkan gajah.

Bilangan gajah yang berbeza inilah yang membezakan fungsi tepung beras itu sebenarnya. Ada juga yang berlambang teratai, ini juga jenis yang berbeza.

Meh sini kita sama-sama ketahui perbezaannya supaya tak tersilap beli dah lain kali.

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

  • Tepung ini sangat sesuai untuk menggoreng seperti buat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak, goreng berempah.
  • Tepung ini sangat rangup dan sesuai untuk rempeyek atau tumpi kacang hijau atau dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

  • Yang ini pula sesuai untuk kuih tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno dan macam macam lagi.
  • Ianya menghasilkan kuih yang berkilat dan lembut.

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

  • Sesuai untuk membuat pebagai jenis mee contohnya mee laksa
  • Ianya lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI

  • Sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam
  • Jika digunakan untuk membuat apam, rasa tepungnya kurang
  • Jika digunakan untuk membuat rempeyek dan tumpi , hasilnya akan menjadi sangat rangup

So lepas ni sebelum nak beli tepung beras, kira dulu ada berapa ekor gajah ye.. Hehhe

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*