5 Tips Untuk Kita Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

5 Tips Untuk Kita Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut

Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega, Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah. Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun Bukak wallet. Tapi kosong. Duit tak ada.

1. Tips1

Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah. Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan. Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.

2. Tips2

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari Then Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata

3. Tips3

Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad” Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis” Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA. So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kannn.

4. Tips4

Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat. Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

5. Tips5

Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh. Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya. So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat. Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan. Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib. Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.

“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”

ArieBorong

Sumber : Md Azhari Daud

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*