Kebanyakan Kita Bermazhabkan Imam Shafie..Namun Tahukah Kita Bagaimana Kisah Kewafatan Imam Syafie Yang Amat Menyedihkan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kebanyakan Kita Bermazhabkan Imam Shafie..Namun Tahukah Kita Bagaimana Kisah Kewafatan Imam Syafie Yang Amat Menyedihkan

Kisah kewafatan Imam kita, Imam Syafie yang amat menyedihkan kita semua. Hari ini saya akan kongsikan kisah kem4tian Imam Syafie yang diceritakan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Imam Syafie mening gal pada usia muda ya, iaitu sekitar umur 54 tahun. Kalau nak ikutkan pada zaman sekarang belum pencen lagi, tetapi sumbangan beliau kepada umat Islam tidak dapat disangkal lagi. Terlalu besar dan agung.

Beliau menghidap peny4kit buasir, bukan biasa-biasa peny4kit itu, tetapi agak kritik4l sehingga dikatakan apabila dia bangun dari tempat duduk ceramahnya, maka kelihatan dar4h yang keluar seolah-olah seperti dar4h haid. Semakin hari peny4kit Al-Imam semakin parah, maka anak murid beliau datang melawat beliau.

Anak muridnya bertanya khabar: يا إمام، يا أبا عبد الله ، كيف أصبحت؟. Wahai Imam Aba Abdallah, bagaimana keadaaan Imam pagi ini?

Anak muridnya bertanya khabar:

يا إمام، يا أبا عبد الله ، كيف أصبحت؟

Wahai Imam Aba Abdallah, bagaimana keadaaan Imam pagi ini?

Imam Syafie menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلا

ومن الإخوان مفارقا

وإلى كأس المنية شاربا

ولا أدري أمصيري إلى الجنة أم إلى النار

Aku pada pagi ini akan berkelana daripada dunia. Akan berpisah daripada kawan-kawan. Kepada segelas kem4tian aku akan hirup. Dan aku tidak tahu nasibku akan ke syurga atau ke ner4ka.

Begitu tawadu’nya Imam Syafie walaupun sumbangan beliau tidak terhingga kepada agama, tetapi masih merendah diri sehingga ke tahap itu. Kita boleh ka sampai ke tahap itu? Sama-sama kita fikirkan.

Setelah beliau di kafankan, beliau dibawa kekubvr. Tiba-tiba, ketika dalam perjalanan kekubvr, seorang perempuan telah menahan jenaz4h beliau, dan meminta supaya dimasukkan ke dalam rumahnya terlebih dahulu.

Maka dibawa masuk ke dalam rumahnya itu, setelah selesai perempuan itu solat ke atas jenaz4h Al-Imam, maka perjalanan diteruskan ke kubvr.

Tahukah anda siapakah perempuan itu?
Perempuan itu adalah guru kepada Imam Asyafie, beliau adalah Sayyidah Nafisah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Bila ditanya kepada Sayyidah Nafisah bagaimanakah perwatakan Imam Syafie?
Maka Sayyidah Nafisah menjawab: “Beliau tidak akan batal wudhuk melainkan beliau akan berwudhuk”.

Maksudnya Imam Syafie memang sentiasa dalam keadaan berwudhuk, bukan macam kita ya, kita tak berwudhuk sebab takut membazir air boleh jadi. huhu

Dua pengajaran daripada kisah ini yang kita patut ambil manfaat dan beramal:

  1. Sentiasa merendah diri walau sehebat mana pun kita, kita tak hebat pun nak dibandingkan dengan Imam Syafie, kita perasan sahaja hebat.
  2. Kita kena sentiasa berwuduk seperti amalan imam Syafie, barulah kita boleh menjadi hebat sepertinya. InsyaAllah.

Kebanyakan Kita Bermazhabkan Imam Shafie..Namun Tahukah Kita Bagaimana Kisah kewafatan Imam Syafie yang Amat Menyedihkan…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*