Ramai Dah Cuba Memang Menjadi! Kek Coklat Kukus Ringkas, Lembut & Sedap.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bila sebut sahaja kek coklat kukus tentu sudah terbayang akan keenakan rasanya, lembut dan mewah dengan rasa coklat. Bukan sahaja anak-anak menggemarinya, malah kek coklat kukus mampu memikat selera orang dewasa.

Tidak hanya disebabkan rasanya yang enak, tidak dinafikan untuk menyediakan kek coklat yang dikukus lebih mudah cara memasaknya. Ini berbanding jika dibakar akan menyebabkan kek coklat lebih terasa kering dan silap cara dan teknik membakar kek boleh jadi terhangus pula.

Untuk itu, buat anda yang ingin menyediakan kek coklat kukus yang tersedap, mudah dan dijamin menjadi sebagaimana maklum balas di ruangan komen di atas perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Mehat ini di group Masak Apa Hari Ni. Bolehlah dicuba.

Ini perkongsiannya;

Kek coklat kukus.. ringkas, lembut dan sedap..Kalau ikut resepi 1 cawan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cawan nak kek yang lebih besar.. cikza guna loyang 8×8.

Kek coklat kukus.. ringkas, lembut dan sedap..Kalau ikut resepi 1 cawan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cawan nak kek yang lebih besar.. cikza guna loyang 8×8

Bahan-bahan :

  • 2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan minyak masak
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat(diblander bagi sebati ketepikan).
  • 8 biji telur gred B diblander dan ketepikan.
  • 2 cwan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil baking powder(ketiga bahan ni diayak).

Cara Membutanya:

  1. Dalaml mangkuk, masukkan bahan yang diblander berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Nak senang blander semua bagi sebati.
  2. Sapu Planta dekat loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang diblander.
  3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu..kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.

Cara Buat Topping Coklat

Coklat masakan dicampur dengan sedikit Planta. Masak secara double boile.
selamat mencuba

Sumber : Noriza Awang Hamat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*