Simpan Duit Kertas & Syiling Dalam Satu Tabung. Akibatnya Reput dan Lebur RM1k

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Simpan Duit Kertas & Syiling Dalam Satu Tabung. Akibatnya Reput dan Lebur RM1k

Menabung adalah amalan yang baik mahupun dalam agama islam atau pun agama lain. Ada pelbagai cara untuk menabung dan membuat simpanan tetapi ada juga menabung tetapi salah teknik atau caranya membuatkan anda berputih mata. Jom baca kakak ini punya cerita benar terjadi dengan duit tabungnya.

Biasanya setiap rumah mesti akan ada tabung untuk simpan duit. Paling tidak pun akan ada satu untuk simpan duit syiling atau duit yang kita jumpa dalam rumah.

Simpan Duit Kertas & Syiling Dalam Satu Tabung. Akibatnya Reput dan Lebur RM1k

Tapi pastikan duit yang kita simpan dalam tabung ini tidak bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Ia untuk mengelakkan kejadian duit reput seperti yang berlaku terjadi pada rakan Lily Noorly Mohd Noor ini.

Duit yang disimpan rakannya dalam tabung tin reput, jumlah pula bukan sedikit hampir RM1k.

Elok juga kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Boleh jadi ia berpunca daripada duit lembap yang dimasukkan dalam tin. Ia mungkin penyebab berlaku proses pereputan, apatah lagi ia disimpan dalam tabung jenis besi atau tin.

Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit mereput, relai, hancur, bila cuba nak buka dari lipatan.

Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak.

Alhamdulillah, terima kasih yg share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Mudah-mudahan dapat balik ganti.

Untuk pengetahuan duit yang reput seperti ini boleh ditukar di Bank Negara. Duit yang reput tapi masih ada lebih separuh daripada saiz asal boleh menerima nilai penuh.

Sumber: Lily Noorly Mohd Noor via vanillakismis.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*